Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan SG merosot tujuh bulan berturut-turut pada Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2023 05:31PM Dikemas Kini : 26 May 2023 09:08PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura tumbuh perlahan pada April, merosot 6.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ia menandakan penguncupan tujuh bulan berturut-turut.

Bidang bioperubatan mencatatkan prestasi paling buruk. 

Hasil pengeluarannya merosot sekitar 11 peratus, sebahagian besar akibat campuran bahan-bahan farmaseutikal yang dihasilkan berbanding setahun lalu.

Selain itu, permintaan bagi peralatan perubatan juga lebih rendah.

Kejuruteraan pengangkutan merupakan satu-satunya yang mencatatkan pertumbuhan, naik 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini didorong kegiatan yang meningkat di limbungan kapal, serta pengeluaran peralatan sektor minyak dan gas yang lebih tinggi.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan