Hasil pengilangan SG merosot lebih pantas pada kadar 3.2%
SINGAPURA: Pengeluaran sektor pengilangan Singapura menguncup pada kadar lebih pantas, iaitu di paras 3.2 peratus pada November.
Ia ekoran kemerosotan bagi pengeluaran kimia dan elektronik, sekali gus meneruskan trend kemerosotan setelah ia jatuh 0.8 peratus pada Oktober.
Tidak termasuk sektor bioperubatan, hasil pengeluaran jatuh 4.8 peratus berbanding setahun lalu.
Sementara itu, perkhidmatan kejuruteraan pengangkutan bertambah baik - meningkat 18.8 peratus berbanding kenaikan 18.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Ia dipacu oleh trafik udara yang lebih tinggi sedang lebih banyak pesawat menjalani khidmat penyenggaraan dan pembaikan.
Bagaimanapun sektor pengilangan elektronik jatuh 12.4 peratus, iaitu kemerosotan bulan kelima berturut-turut sedang permintaan global bagi semikonduktor semakin berkurangan.
Pembukaan semula sempadan China dijangka mempertingkat eksport sektor berkenaan.
Namun, dengan risiko jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kian meningkat di China, ia akan terus memberi cabaran untuk sektor pengilangan.
Kemerosotan pada sektor pengilangan dijangka berterusan hingga tahun depan, di tengah-tengah permintaan rendah bagi barangan elektronik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.