Hasil pengilangan SG kuncup buat bulan kedua beruntun di tengah kegencotan ekonomi sejagat
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Oktober. Ini selepas pertumbuhan 26 bulan beruntun.
Tekanan kos yang meningkat dan kegencotan ekonomi sejagat menjejas permintaan walaupun pada musim perayaan akhir tahun.
Pemerhati industri berkata firma-firma tempatan, terutamanya dalam bidang elektronik, juga sudahpun mengurangkan rancangan pelaburan mereka.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI), yang mengukur hasil pengilangan, susut 0.2 mata kepada 49.7.
Sementara itu, sektor elektronik terus menguncup kepada 49.1, jatuh 0.3 mata.
Walaupun terdapat keyakinan terhadap beberapa industri tertentu, seperti kejuruteraan jitu dan pengangkutan, prospek untuk sektor elektronik kekal malap.
"Kami menjangkakan prestasi elektronik yang semakin teruk dan permintaan kia melemah daripada ekonomi-ekonomi Asia Utara, terutamanya seperti China, akan terus memberi kesan negatif kepada kedua-dua permintaan pengilangan serta permintaan eksport Singapura," kata Pakar Ekonomi Kanan bank UOB Encik Alvin Liew.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.