Hasil pengilangan SG jatuh 12.1% pada Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura turun sebanyak 12.1 peratus pada bulan Ogos, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Kadar kejatuhan itu yang paling besar dalam masa hampir empat tahun.
Ia juga kemerosotan buat 11 bulan berturut-turut dan jauh lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi yang meramalkan penguncupan 3.1 peratus.
Dalam perbandingan bulan ke bulan pula, hasil kilang bulan Ogos merosot 10.5 peratus.
Hasil pengeluaran merosot bagi semua kelompok kecuali sektor kejuruteraan pengangkutan yang mencatat kenaikan 16.2 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun.
Ia terutamanya dipacu oleh segmen marin dan kejuruteraan lepas pantai yang berkembang sebanyak 29.4 peratus.
Segmen aeroangkasa pula tumbuh 15.2 peratus disebabkan permintan lebih tinggi bagi bahagian pesawat dan khidmat penyenggaraan di tengah-tengah permintaan bagi perjalanan udara yang kukuh.
Sebaliknya sektor elektronik yang merupakan penyumbang utama kepada hasil kilang, mengalami kejatuhan terbesar sebanyak 20 peratus berbanding setahun lalu. Ia disebabkan permintaan global lebih rendah bagi barangan elektronik.
Turut mencatat kemerosotan ialah sektor-sektor pengilangan umum, bioperubatan, kimia dan kejuruteraan jitu.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.