Skip to main content

Singapura

Hasil pengilangan SG jatuh 0.8% pada Okt disebabkan pengeluaran farmaseutikal lebih lemah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2022 06:45PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 10:40PM
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura jatuh pada Oktober, selepas mencatatkan pertumbuhan buat 12 bulan berturut-turut, disebabkan pengeluaran farmaseutikal yang lebih lemah.

Menurut data Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), keluaran pengilangan merosot 0.8 peratus pada Oktober berbanding tempoh sama tahun lalu selepas kenaikan 1.6 peratus pada September.

Kelompok pengeluaran bioperubatan mencatat kejatuhan terbesar sebanyak 14.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kelompok bahan kimia dan elektronik juga mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, hasil pengilangan industri kejuruteraan jitu membantu menyokong sektor pengilangan.

Ia mencatatkan pertumbuhan tertinggi hampir 19 peratus kerana permintaan jentera yang lebih tinggi.

Hasil pengeluaran bagi industri kejuruteraan pengangkutan pula meningkat sebanyak 6.3 peratus.

Ia disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi untuk bahagian pesawat dan kerja-kerja penyenggaraan, berikutan trafik udara yang meningkat di merata dunia.

Para pemerhati pasaran berkata persekitaran luaran akan terus memberi kesan kepada industri elektronik dan kimia.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Mata Wang Bank MUFG Jeff Ng berkata, sektor pengilangan Singapura perlu bergantung kepada industri lain.
Sumber : CNA/LL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita