Hasil pengilangan naik 10.1% pada Mac
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura meningkat 10.1 peratus pada bulan Mac berbanding tempoh yang sama setahun lalu, berikutan kemerosotan yang dialami bulan sebelumnya.
Semua kelompok mencatatkan pertumbuhan kecuali pengeluaran bioperubatan dan bahan kimia.
Sektor elektronik mencatatkan pertumbuhan terbesar, melonjak 30 peratus.
Prestasi itu dipacu oleh permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Pengeluaran bioperubatan bagaimanapun merosot sekitar 14 peratus, disebabkan oleh faktor-faktor seperti permintaan yang lebih lemah bagi peranti perubatan.
Bahan kimia pula merosot 16 peratus, disebabkan oleh pengeluaran yang lebih rendah dalam segmen petroleum dan petrokimia akibat gangguan pada bekalan bahan mentah.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.