Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pendapatan cukai SG naik 17%, lebih S$80 bilion dikutip

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Sep 2024 05:31PM Dikemas Kini : 04 Sep 2024 11:41PM
SINGAPURA: Singapura mengutip hasil pendapatan cukai sebanyak S$80.3 bilion bagi tahun kewangan 2023/2024, iaitu peningkatan 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) pada Rabu (4 Sep), kenaikan tersebut "mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kenaikan gaji nominal di Singapura pada 2022".

Jumlah keseluruhan kutipan hasil pendapatan itu membentuk kira-kira 77.6 peratus daripada hasil operasi pemerintah, dan 11.9 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura.

Kadar tunggakan bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai pendapatan dan cukai hartanah kekal rendah pada 0.64 peratus.

IRAS menyatakan meskipun kadar pembayaran cukai tinggi, ia akan mengambil tindakan tegas ke atas pembayar cukai yang tidak mematuhi undang-undang dan mereka yang tidak membayar cukai.

Pada tahun kewangan tahun lalu, IRAS menjalankan audit dan menyiasat 9,590 kes. Ia mendapatkan kembali S$857 juta dalam bentuk cukai dan denda.

PECAHAN HASIL PENDAPATAN CUKAI

Cukai pendapatan korporat membentuk bahagian terbesar kutipan hasil pendapatan cukai, iaitu 36.1 peratus. Ia meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada S$29 bilion pada Tahun Kewangan 2023/24, disebabkan pendapatan korporat yang kukuh.

Cukai pendapatan individu naik sebanyak S$2 bilion kepada S$17.5 bilion pada tahun kewangan lalu.

GST merupakan sumbahan ketiga terbesar kutipan hasil pendapatan, yang naik S$2.6 bilion kepada S$16.6 bilion disebabkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan peningkatan pada kadar GST.

Cukai hartanah menyumbang 7.4 peratus kepada kutipan hasil pendapatan, iaitu S$5.9 bilion.

Kutipan duti setem turun S$0.1 bilion kepada S$5.8 bilion disebabkan jumlah lebih rendah urus niaga hartanah.

Pada tahun kewangan lalu, IRAS memberi bantuan kewangan, kira-kira S$2.3 bilion kepada lebih 131,000 perniagaan.

Beberapa geran utama yang diproses adalah untuk Skim Kredit Gaji Progresif, dengan kira-kira S$1.67 bilion, Skim Kredit Pekerjaan Warga Emas sebanyak S$311 juta dan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan sebanyak S$177 juta.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan