Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil cukai naik 22.4% sedang ekonomi bangkit semula susuli pelonggaran sekatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil cukai naik 22.4% sedang ekonomi bangkit semula susuli pelonggaran sekatan COVID-19

Bangunan IRAS (Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) memperolehi hasil cukai sebanyak S$60.7 bilion bagi tahun kewangan 2021/2022, melonjak 22.4 peratus berbanding tahun lsebelumnya, sedang ekonomi pulih selepas sekatan-sekatan COVID-19 dilonggarkan. 

Peningkatan pada hasil cukai itu dicatatkan menyusuli asas lebih rendah pada tahun kewangan 2020/2021 yang disebabkan oleh pandemik, dengan hasil cukai merosot sebanyak 7.3 peratus, menurut IRAS dalam kenyataan medianya pada Khamis (11 Ogos).

Singapura melonggarkan kebanyakan sekatan COVID-19 pada 26 April, dalam langkah yang disifatkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai detik penting dalam usaha negara ini untuk hidup bersama koronavirus. 

Pungutan hasil cukai, yang digunakan untuk menyokong program ekonomi dan sosial Singapura, berkembang secara purata 4.8 peratus berdasarkan asas tahunan kompaun dalam tempoh lima tahun, menurut IRAS, yang mengeluarkan laporan tahunannya pada Khamis (11 Ogos). 

Kutipan hasil itu membentuk 73.6 peratus daripada pendapatan operasi Pemerintah dan 11.4 peratus daripada hasil dalam negeri kasar (GDP). 

Kutipan cukai terkini menyaksikan pemulihan pada semua jenis cukai. 

Kadar tunggakan bagi cukai pendapatan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Hartanah jatuh kepada 0.64 peratus pada S$332.8 juta, berbanding 0.72 peratus pada tahun sebelumnya. 

Cukai pendapatan korporat, sebanyak S$18.2 bilion, membentuk 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan IRAS. Ia naik sebanyak S$2.1 bilion dan membentuk bahagian terbesar. 

Ini disusuli dengan cukai pendapatan peribadi yang naik sebanyak S$1.4 bilion kepada S$14.2 bilion. Sekitar 80 peratus daripada jumlah itu diperolehi daripada pembayar cukai dengan gaji tahunan melebihi S$150,000. 

Hasil GST adalah sebanyak S$12.6 bilion, manakala hasil cukai setem adalah S$6.8 bilion. 

Daripada peningkatan hasil cukai sebanyak S$11.1 bilion yang diperolehi dari tahun kewangan 2020/2021 sehingga 2021/2022, cukai setem membentuk bahagian terbesar. 

Menurut IRAS, ini disebabkan oleh pasaran hartanah yang kukuh dan kenaikan pada jumlah urus niaga hartanah. 

"Kenaikan cukai pendapatan korporat dan cukai pendapatan peribadi mencerminkan hasil yang lebih kukuh serta penangguhan bayaran cukai pada tahun kewangan 2020/2021 yang membantu perniagaan menangani kesan COVID-19," menurut IRAS. 

Lembaga berkanun itu turut menyatakan bahawa ia akan terus menawarkan geran untuk menyokong perniagaan, pekerjaan dan pertumbuhan gaji, dengan sebanyak S$8.2 bilion diagihkan melalui pelbagai skim. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan