Harummanis Dubai milik cef SG Akmal Anuar raih anugerah Michelin Bib Gourmand
Pada 22 Mei, cef terkenal Singapura Akmal Anuar meraih anugerah Michelin Bib Gourmand terbaharunya di majlis Panduan Michelin Dubai 2025.
Cef Akmal Anuar (barisan depan, kanan) menerima anugerah Michelin Bib Gourmand bagi restoran Harummanis Dubai di Michelin Guide Dubai 2025. (Gambar: Instagram/harummanis.51)
- Pada 22 Mei, cef terkenal Singapura Akmal Anuar meraih anugerah Michelin Bib Gourmand terbaharunya di majlis Panduan Michelin Dubai 2025.
- Harummanis Dubai – cawangan luar negara bagi Harummanis Sultan Gate – memenangi anugerah Michelin Bib Gourmand pertamanya di majlis tersebut.
- Restoran-restoran Harummanis juga dinamakan sempena gerai nasi padang milik ibu bapa Cef Akmal di Teck Whye, yang sudah beroperasi selama lebih 30 tahun.
- Semasa majlis itu, Akmal membawa ibu bapanya naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut bersamanya.
Harummanis Dubai – cawangan luar negara bagi Harummanis Sultan Gate – memenangi anugerah Michelin Bib Gourmand pertamanya di majlis tersebut.
Anugerah Michelin Bib Gourmand mengiktiraf restoran-restoran yang “menawarkan masakan bermutu hebat dan bernilai tinggi”.
Cef Akmal sebelum ini pernah memenangi anugerah Michelin Bib Gourmand untuk restoran Jepun miliknya, Goldfish dan Otoro.
Restoran-restoran Harummanis juga dinamakan sempena gerai nasi padang milik ibu bapa Cef Akmal di Teck Whye, yang sudah beroperasi selama lebih 30 tahun.
Menurut ibu bapanya, gerai penjaja asal itu dinamakan sempena mangga Harumanis, yang membawa maksud “harum dan manis” dalam Bahasa Melayu.
“Hari ini menandakan hari di mana saya berasa begitu lengkap sebagai seorang cef, anak lelaki dan seorang ayah,” tulis Cef Akmal.
“Melihat ibu bapa saya hadir dan berada di atas pentas bersama mereka dan menerima anugerah Michelin pertama mereka adalah sesuatu yang amat indah… Harummanis adalah sebuah restoran Melayu Singapura dan saya berharap untuk melakukan apa yang termampu dan melihat apa yang bakal menanti kami pada masa hadapan.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.