Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hartawan hartanah Ong Beng Seng dibenar tinggalkan SG dengan ikat jamin tambahan S$800,000

Anggaran Waktu Membaca:
Hartawan hartanah Ong Beng Seng dibenar tinggalkan SG dengan ikat jamin tambahan S$800,000

Ong Beng Seng (tengah) tiba di Mahkamah Negara pada 30 Oktober 2024. (Gambar: Wallace Woon/CNA)

Diterbitkan : 30 Oct 2024 12:56PM Dikemas Kini : 30 Oct 2024 12:57PM
SINGAPURA: Hartawan hartanah dan pengusaha hotel Ong Beng Seng, diberikan kebenaran oleh mahkamah pada Rabu (30 Okt) untuk meninggalkan Singapura selama seminggu, dengan syarat ikat jamin tambahan termasuk wang tunai ikat jamin sebanyak S$800,000.

Selain ikat jamin sedia ada sebanyak S$800,000, rakyat Malaysia berusia 78 tahun itu kini diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak S$1.6 juta.

Ong tampil buat seketika di mahkamah pada Rabu tengah hari, dengan berpakaian kemeja putih, bersama sebilangan rakan serta peguamnya, Encik Aaron Lee dari Allen & Gledhill.

Encik Lee memberitahu mahkamah tersebut bahawa beliau "sangat berterima kasih atas perbicaraan, yang diadakan dengan segera ini".

Encik Ong berkata pihak pembela sudah membuat permohonan itu pada Jumaat lalu, tanpa bantahan daripada pihak pendakwa selagi syarat ikat jamin tambahan tertentu dikenakan.

Ong mahu ke London, dan kemudian ke Boston di Amerika Syarikat bagi menjalani rawatan perubatan.

Setelah itu, beliau akan ke Gibraltar, Wilayah Luar Negara Britain di pantai selatan Sepanyol, diikuti oleh Sepanyol bagi urusan perniagaan sebelum melakukan perjalanan pulang, kata Encik Lee.

Encik Ong dijadualkan pulang ke Singapura pada 9 November.

Pihak pendakwa sudah memohon syarat ikat jamin tambahan, termasuk wang tunai ikat jamin sebanyak S$800,000, di samping ikat jaminnya yang sedia ada.

Ong tidak boleh melakukan perjalanan dengan penjaminnya dan beliau perlu menyerahkan jadual perjalanannya kepada pegawai penyiasat serta alamat kediamannya di luar negara.

Beliau mesti kekal boleh dihubungi pada setiap masa dan menyerahkan pasportnya dalam masa 24 jam sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air.

Hakim membenarkan permohonan itu.

Sidang sebelum perbicaraan bagi kes Encik Ong akan diadakan pada 15 November.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan