Hartanah Ridout Road disewa semasa dalam proses penjualan rumah sendiri; tidak raih keuntungan: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata dalam ucapannya di parlimen bahawa beliau sudah mengetepikan dirinya sama sekali, dalam soal proses membuat keputusan berhubung hartanah 26 Ridout Road yang disewanya.
Menurut beliau, ini demi mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan.
Encik Shanmugam berkata, beliau meminta Cik Indranee Rajah, yang ketika itu Menteri Negara Kanan Undang-undang, supaya mengendalikan sebarang isu yang mungkin muncul bagi pihak Kementerian Undang-undang.
Encik Shanmugam juga menambah bahawa beliau memberitahu Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Undang-undang mengenai perkara ini.
Ini agar ada rantaian penyeliaan yang tidak melibatkan beliau.
"Benar-benar, berpotensi atau dianggap konflik, hanya boleh timbul jika saya ada kepentingan dalam perkara itu - saya yang buat satu keputusan mengenai perkara itu. Barulah ia benar-benar konflik," kata Encik Shanmugam.
"Jika saya ada kepentingan dan saya kekal dapat membuat keputusan mengenainya, walaupun saya sebenarnya tidak membuat sebarang keputusan, ada potensi atau dianggap konflik boleh timbul.
"Tapi sebaik sahaja saya menarik diri saya, saya tidak boleh membuat keputusan dan tidak berpotensi boleh membuat keputusan," tambah beliau.
Encik Shanmugam berkata beliau menyewa 26 Ridout Road selepas memutuskan untuk menjual rumahnya sendiri.
Beliau menyewakan rumahnya itu sementara memutuskan tentang penjualan hartanah tersebut.
TIDAK RAIH KEUNTUNGAN
Encik Shanmugam juga menekankan bahawa beliau tidak mendapat keuntungan dengan menyewakan rumahnya sendiri dan sebaliknya menyewa hartanah negara.
Encik Shanmugam menarik perhatian bahawa beliau membayar sewa mengikut harga pasaran bagi hartanah Ridout itu.
"Saya tidak meraih sebarang keuntungan daripada perbezaan wang sewa itu. Saya membayar sewa bagi 26 Ridout Road, sebahagian besarnya menggunakan hasil sewa daripada rumah keluarga saya sendiri. Tapi setelah mengambil kira cukai hartanah - kerana rumah keluarga saya kini bukan rumah yang dihuni pemilik.
"Kedua, cukai pendapatan terhadap kutipan sewa, saya mengalami defisit bersih. Saya tokok defisit itu.
Saya, hakikatnya, menggunakan pendapatan daripada kerjaya saya sebelum ini sebagai peguam, untuk membayar sewa saya bagi 26 Ridout Road.
"Berdasarkan pendapatan saya sekarang, saya tidak akan menawarkan untuk menyewa 26 Ridout Road. Ini berdasarkan pendekatan peribadi saya terhadap kewangan," jelas Encik Shanmugam.
Menjelaskan tentang saiz tanah yang dihuni banglo itu pula, Encik Shanmugam berkata beliau sebenarnya tidak mahukan atau memerlukan ruang tanah tambahan 150,000 kaki persegi itu sebagai sebahagian daripada penyewaannya.
Beliau bagaimanapun menawarkan untuk menyenggara kawasan sekitar tanah itu dan menanggung kosnya.
Ini demi mengelakkan sebarang masalah bagi dirinya.
Penguasa Tanah Singapura (SLA) bagaimanapun memberitahu Encik Shanmugam bahawa tanah itu mesti menjadi sebahagian daripada penyewaannya, jika beliau mahu menyenggara tanah itu.
"Alasan saya, jika anda memiliki hartanah privet, anda mahukan bidang tanah yang besar. Anda meraih manfaat daripada peningkatan modal.
Tapi jika anda adalah seorang penyewa, sebarang tanah dalam penyewaan anda menjadi tanggungjawab anda.
"Jadi, tambahan ruang tanah 150,000 kaki persegi bermakna tanggungjawab tambahan dari segi undang-undang.
"Contohnya ada pokok-pokok besar dalam hartanah itu. Jika ada di antaranya tumbang, ini boleh menjadi serius. Satu lagi isu adalah nyamuk. Lebih besar tanah anda, lebih besar tanggungjawab bagi potensi risiko kesihatan termasuk nyamuk," jelas Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.