Hartanah, kereta mewah dan aset bernilai S$1 bilion dirampas dalam kes pemalsuan, pengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Aset bernilai sekitar S$1 bilion, termasuk hartanah, kenderaan, barangan mewah dan jongkong emas, dirampas dalam siasatan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang sedang dijalankan ke atas kegiatan pengubahan wang haram dan pemalsuan.
Seramai 10 orang, yang berusia antara 31 dan 44 tahun, diberkas atas penglibatan mereka yang disyaki dalam kesalahan tersebut serta kerana menentang penahanan itu.
Demikian menurut kenyataan media polis pada Rabu (16 Ogos).
Seramai 12 individu lain sedang membantu dalam siasatan manakala lapan lagi masih sedang diburu polis.
"Individu-individu ini dipercayai mempunyai kaitan antara mereka. Kesemua mereka yang terlibat bukan warga atau penduduk tetap Singapura."
Mereka yang diberkas, berasal dari negara Cyprus, Turki, China, Kemboja dan Vanuatu.
Polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang berkemungkinan berlaku, termasuk penggunaan dokumen yang disyaki dipalsukan, yang digunakan untuk mengesahkan sumber pendanaan akaun bank Singapura.
Menerusi siasatan dan tindakan susulan menyeluruh yang dilaksanakan pasukan risikan, termasuk analisis terhadap laporan urus niaga yang mencurigakan, polis mengenal pasti sekumpulan warga asing yang disyaki terlibat dalam perbuatan mengubah wang haram hasil jenayah yang dilakukan di luar negara.
Lebih 400 pegawai membuat serbuan secara serentak di beberapa lokasi di merata Singapura pada Selasa.
Pegawai-pegawai tersebut adalah dari Jabatan Ehwal Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah, Markas Operasi Khas dan Jabatan Risikan Polis.
Serbuan tersebut, termasuk di kediaman seperti banglo-banglo mewah (Good Class Bungalows atau GCB) dan kondominum, mendorong kepada penahanan sembilan lelaki dan seorang wanita.
Polis menambah bahawa larangan terhadap arahan pelupusan dikeluarkan terhadap 94 hartanah dan 50 kenderaan, dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak S$815 juta, dan beberapa perhiasan serta botol minuman keras.
Pihak berkuasa juga merampas lebih 35 akaun bank yang berkaitan dengan baki anggaran keseluruhan bernilai lebih S$110 juta bagi siasatan dan untuk menghalang lesapnya hasil jenayah yang disyaki.
Turut dirapas ialah wang tunai berjumlah lebih S$23 juta, lebih 250 beg dan jam mewah, lebih 120 peranti elektronik seperti komputer dan telefon bimbit, lebih 270 barang kemas, dua jongkong emas, serta 11 dokumen dengan maklumat mengenai aset maya.
10 individu yang diberkas akan didakwa di mahkamah pada Rabu.
Menurut fakta kes yang disediakan oleh polis, sebilangan mereka tinggal di banglo mewah (GCB) di kawasan Holland Road dan Nassim Road, serta di Sentosa Cove.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.