'Harry Potter: Visions Of Magic' dibuka rasmi di Resorts World Sentosa pada 22 Nov
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Harry Potter: Visions Of Magic)
SINGAPURA: Daya tarikan bertemakan Harry Potter yang sangat dinanti-nantikan, 'Harry Potter: Visions Of Magic', akan dibuka secara rasmi pada 22 Nov di Resorts World Sentosa (RWS).
'Harry Potter: Visions of Magic' membolehkan para pengunjung untuk meneroka beberapa sudut misteri dunia sihir melalui persekitaran artistik dan imersif. Ini termasuk Ministry Of Magic, Grimmauld Place dan Hall Of Prophecy.
Terdapat sebanyak 10 persekitaran untuk para pengunjung meneroka, termasuk dua persekitaran eksklusif di Singapura: The Trap Door dan Chamber Of Secrets.

1. THE KNIGHT BUS
Mulakan pengalaman anda dengan menaiki Knight Bus dan mengembara melalui jalan-jalan yang sibuk di London. Sedang bas tiga tingkat yang ikonik menyusup ke bandar, cubalah dua mercu tanda ikonik untuk bergambar seketika.

2. GRIMMAULD PLACE
Teroka rumah nenek moyang keluarga Black dan gunakan tetongkat magis anda untuk berinteraksi dengan salasilah keluarga mereka dan perapian (fireplace) yang bercahaya.

3. MINISTRIES OF MAGIC
Paparan responsif dan bahagian tengah yang digantung membawa anda ke dalam persekitaran magis yang ikonik di seluruh Paris, London dan New York.

4. THE HALL OF PROPHECY
Bersiar-siar dalam bilik bercermin yang dipenuhi dengan bebola bercahaya.

5. CHAMBER OF SECRETS
Eksklusif untuk para pengunjung di Singapura, persekitaran ini akan membawa anda jauh ke Hogwarts, ke dalam kota purba.

6. NEWT'S MENAGERIE
Teroka dunia haiwan yang hebat dalam satu beg pakaian yang menakjubkan, di mana anda akan menemui haiwan yang luar biasa di habitat semula jadi. Setiap adegan dihidupkan melalui paparan artistik dan tetongkat magis anda akan menghidupkan nota dan lakaran Newt.

7. KNOCKTURN ALLEY
Persekitaran yang gelap dan interaktif ini memaparkan beberapa lokasi dunia magis yang paling menggerunkan.

8. THE ROOM OF REQUIREMENT
Teroka menara yang terbentang ke arah siling untuk menyaksikan kilauan magis antara objek-objek yang kelihatan unik.

9. THE TRAP DOOR
Satu lagi ciri eksklusif untuk para pengunjung di Singapura, persekitaran ini memberi peluang kepada anda untuk mengakses satu siri bilik yang melindungi Philosopher’s Stone. Setiap ruang memaparkan cabaran berbeza yang terpaksa diatasi oleh Harry, Ron dan Hermione, sekali gus mewujudkan peluang interaktivitin untuk para pengunjung.

10. THE PENSIEVE
Pengalaman imersif 360 darjah ini menawarkan perjalanan nyata yang melalui detik-detik penting dari sudut Harry.
Sebagai tambahan kepada 10 persekitaran ini, para pengunjung juga boleh menikmati minuman Butterbeer dan membeli barangan dari kedai cenderamata.
Tiket prajualan akan ditawarkan dari 5 hingga 7 Nov. Untuk menyertainya, sila daftar di laman web ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.