"Hari yang menyedihkan": Teo Chee Hean berharap keganasan di Capitol akan berakhir secara damai
Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata beliau berharap bantahan yang berlaku di bangunan Capitol akan berakhir secara damai setelah para penunjuk perasaan menyerbu bangunan itu pada Rabu (6 Jan), untuk memaksa Kongres membatalkan keputusan Pilihan Raya Presiden yang diadakan pada 3 November lalu.
Para penyokong Trump ceroboh Dewan Senat di AS pada 6 Jan 2020 (Gambar: Win McNamee/Getty Images/AFP)
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata beliau berharap bantahan yang berlaku di bangunan Capitol akan berakhir secara damai setelah para penunjuk perasaan menyerbu bangunan tersebut pada Rabu (6 Jan), untuk memaksa Kongres supaya membatalkan keputusan Pilihan Raya Presiden yang diadakan pada 3 November lalu.
Dalam catatan di Facebook, Encik Teo berkata: "Tidak lena tidur, menyaksikan adegan-adegan yang mengejutkan di Kongres Amerika Syarikat di mana para penunjuk perasaan telah menceroboh Dewan, mengganggu prosiding dan membuat para anggota terpaksa melarikan diri.
"Para pegawai penguat kuasa dengan senjata mereka tidak dapat meleraikan mereka. Polis dengan peralatan anti-rusuhan dikerahkan untuk memulihkan ketenteraman. Datuk Bandar Washington DC telah mengisytiharkan perintah berkurung.
"Kami berharap ia akan berakhir dengan secara damai. Ini adalah hari yang menyedihkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.