Skip to main content

Singapura

Hari Pertahanan Mutlak tahun ini tekankan SG perlu lebih bersiap sedia hadapi krisis

Anggaran Waktu Membaca:
Hari Pertahanan Mutlak tahun ini tekankan SG perlu lebih bersiap sedia hadapi krisis

(Gambar fail: CNA/Hanidah Amin)

SINGAPURA: Hari ini (15 Feb) menandakan 81 tahun sejak Singapura jatuh ke tangan Jepun.

Dari acara peringatan hinggalah pameran dalam masyarakat, orang ramai di merata negara berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam betapa pentingnya Pertahanan Mutlak.

Sekiranya satu latihan perintis berjaya dilancarkan, orang ramai tidak lama lagi boleh berkongsi idea mereka tentang bagaimana Singapura boleh lebih bersiap sedia untuk menghadapi krisis pada masa depan.

Acara memberikan penghormatan kepada mereka yang gugur diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1967.

Ia memperingati orang awam yang terkorban semasa Perang Dunia II.

Pelbagai kumpulan, termasuk para pelajar dan wakil pemimpin agama, berkumpul untuk memberikan penghormatan mereka.

Di acara tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata "Singapura mesti bersatu padu dalam menghadapi ancaman yang ada sekarang seperti jenayah siber dan perubahan iklim."

"Kita memerlukan lebih daripada sekadar ketabahan dan keberanian. Terdapat perpecahan dalam masyarakat hari ini yang boleh mendedahkan kita kepada kelemahan dan menggugat kestabilan negara. Namun jika kita bekerjasama sebagai rakyat yang bersatu, kita tidak perlu takut."

Di Choa Chu Kang, para penduduk berpeluang berkongsi idea dan rancangan mereka tentang cara bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi krisis pada masa depan.

Ia dilakukakan menerusi satu latihan perintis, yang diadakan buat julung-julung kalinya.

"Ini adalah latihan dan latihan menjadikan sesuatu lebih baik. Untuk mempersiapkan diri, kita perlu terus berlatih dan mengingatkan diri kita bahawa kita mesti bersedia apabila krisis berlaku," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gam Kim Yong.

"Sedang kita mempelajari daripada latihan ini, kita berharap untuk memperluaskannya agar lebih ramai anggota masyarakat dapat mengambil bahagian dalam latihan ini," tambahnya.

Pelbagai kegiatan ditawarkan, termasuk kegiatan buat anak-anak kecil.

Para pengunjung juga dapat mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha Singapura dalam menjimatkan air.

Sempena Hari Pertahanan Mutlak, sekumpulan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) juga menyediakan hidangan menggunakan bahan-bahan yang dapat tahan lama seperti kentang dan cendawan.

Tujuannya untuk menunjukkan pentingnya menyesuaikan diri kepada sumber makanan yang berbeza, terutama sekali apabila berlaku gangguan rantaian bekalan.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita