Hari Persediaan Kecemasan pertama 2018 di Kelab Masyarakat Taman Jurong
Hari Persediaan Kecemasan yang pertama tahun ini diadakan di Kelab Masyarakat Taman Jurong siang tadi (14 Jan).
SINGAPURA: Hari Persediaan Kecemasan yang pertama tahun ini diadakan di Kelab Masyarakat Taman Jurong siang tadi (14 Jan).
Acara itu membolehkan para penduduk mempelajari kemahiran dan melengkapkan diri mereka dengan ilmu bagi tangani serangan pengganas dengan lebih baik.
Para pegawai Home Team dan juga relawan memainkan peranan mereka dalam satu simulasi serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Para penduduk yang hadir juga diajarkan kemahiran bertakat dan bantuan cemas.
Acara itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, yang juga Anggota Parlimen kawasan ini.
Beliau menyeru para penduduk agar kekal berwaspada terhadap sebarang kegiatan mencurigakan dan terus bersatu jika Singapura diserang pengganas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.