Hari ketiga perbicaraan Pritam Singh: Raeesah bidas soalan peguam, defendan cuba jatuhkan kredibiliti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbicaraan Ketua Pembangkang Pritam Singh memasuki hari ketiga pada Rabu (16 Okt), dengan saksi utama, Raeesah Khan, terus dijadikan sasaran oleh peguam bela Andre Jumabhoy.
Selepas soalan demi soalan, Encik Jumabhoy cuba mempersoalkan kredibiliti Cik Raeesah dengan bertanya kepadanya tentang perbezaan dalam jawapannya, sama ada di hadapan Jawatankuasa Hak-hak Istimewa Parlimen (COP), panel disiplin Parti Pekerja (WP), mahupun di mahkamah sendiri.

3 LAWAN 1: RAEESAH
Dalam sesi yang penuh dengan emosi, Encik Jumabhoy bertanya mengapa Cik Raeesah tidak berdepan dengan pemimpin Parti Pekerja (WP) ketika pembohongannya didedahkan, sekiranya apa yang dikatakan oleh Cik Raeesah tentang pemimpin WP yang memberitahunya untuk meneruskan pembohongannya adalah benar.
Encik Jumabhoy merujuk kepada perbicaraan yang dihadiri Cik Raeesah di hadapan panel disiplin WP pada November 2021, selepas pembohongan itu didedahkan dan dia berdepan tindakan tatatertib oleh parti tersebut.
"Jadi anda menghadiri panel tatatertib pada 29 November. Mereka mengadakan satu lagi perbicaraan untuk anda. Anda menghadiri panel itu dengan pengetahuan bahawa, Encik Pritam, sudah mengatakan ia adalah kesilapan anda, dan anda tidak berkata apa-apa dalam sesi panel tatatertib itu untuk mengatakan bahawa "anda yang memberitahu saya apa yang perlu dilakukan,” kata peguam itu.
Cik Raeesah menjawab: "Saya rasa konteks yang hilang di sini adalah dinamik kuasa dalam mesyuarat tersebut. Maksud saya, ia adalah tiga, menurut saya ... orang yang sangat, sangat berkuasa dan bayangkan mereka adalah orang yang menasihati anda, dan secara tiba-tiba dalam mesyuarat ... mereka berpura-pura, atau mereka tidak menyebut bahawa mereka adalah orang yang menasihati anda."
"Saya terkejut, sejujurnya saya tercengang kerana saya rasa, menurut mereka, perkara itu tidak berlaku".
Encik Jumabhoy mendesak untuk mendapatkan jawapan kepada soalannya, sama ada Cik Raeesah ada menyatakan apa-apa untuk berkata bahawa "anda yang memberitahu saya apa yang perlu dilakukan".
Peguam itu menegaskan bahawa menurutnya, "tiada keraguan" dalam fikiran Cik Raeesah, bahawa Encik Pritam "menyalahkannya".
"Maksud saya pada ketika itu, saya masih fikir mereka mempunyai niat yang baik terhadap saya, dan saya tidak sedar bahawa itu adalah apa yang mereka lakukan," kata Cik Raeesah.
"Jika saya mengetahuinya, saya akan berkata - saya tahu ia adalah keadaan yang sangat sukar, tetapi anda juga menasihati saya selama ini. Saya akan mengatakan begitu jika ... saya tahu mereka mempunyai niat tidak baik terhadap saya."
Encik Jumabhoy kemudian menunjukkan mesej yang dihantar Cik Raeesah ke kumpulan sembang dengan dua kader WP lain, di mana Cik Raeesah "tahu apa yang (Encik Singh) lakukan".
Ketika ditekan oleh Encik Jumabhoy bahawa Cik Raeesah tahu "secara tepat" tentang apa yang dilakukan Encik Pritam, Cik Raeesah meninggikan suaranya: "Ya, kerana pada masa itu, saya tidak tahu sejauh mana dia akan lepas tangan."
Cik Raeesah menambah bahawa dia "rasa takut" untuk berdepan individu seperti yang dikatakan peguam tersebut.
"Dan ingat, terdapat tiga orang di hadapan saya. Saya seorang. Dan anda tahu, ia adalah seperti, soalan demi soalan, soalan yang bertubi-tubi, dan kemudian saya rasa ia seperti tiga lawan satu, dan bagaimana saya dalam kedudukan itu boleh katakan - kamu bertiga menyalahkan saya atas semua perkara ini," kata Cik Raeesah.
PEMBOHONGAN, KEBENARAN DAN NARATIF DIKEKALKAN
Pada Rabu pagi, Encik Jumabhoy menyoal Cik Raeesah tentang bagaimana dia berada di parlimen selama lebih 13 bulan menjelang Oktober 2021, dan bagaimana Cik Raeesah, yang berusia 27 tahun, dan "bukan lagi seorang remaja".
"Dan anda tahu bezakan perkara yang betul dari yang salah?" tanya peguam itu.
Encik Jumabhoy menambah bahawa Cik Raeesah tidak memerlukan arahan untuk berbohong kepada rakan-rakannya.

DEFENDAN SERAH 3 PERMOHONAN
Sepanjang sesi soal balas itu, Encik Jumabhoy memohon di pelbagai peringkat untuk menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Cik Raeesah sebagai saksi.
Cik Raeesah diminta keluar dari bilik mahkamah ketika pihak defendan mengemukakan permohonannya, yang dibuat dengan tujuan utama untuk membuktikan bahawa Cik Raeesah adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.
Encik Jumabhoy mengakhiri soal balasnya bagi permohonan pertama pada Rabu pagi, namun permohonan kedua dan ketiganya yang dibuat pada Rabu, ditolak oleh hakim.
Peguam bela kemudian mengemukakan permohonan secara berasingan, supaya Cik Raeesah ditunjukkan sebahagian daripada kenyataannya kepada polis pada 5 Jun 2022, supaya dia boleh ingat kembali.
Ia berhubung dengan keterangannya, sama ada Encik Pritam memberitahunya untuk "berkata perkara yang benar" jika dia ditanya soalan susulan di parlimen, selepas dia menjelaskan anekdotnya pada 1 November 2021.
Cik Raeesah setuju bahawa Encik Pritam memintanya untuk memberitahu perkara yang benar jika ditanya soalan tambahan.
Perbicaraan akan bersambung pada Khamis (16 Okt) dengan soal balas oleh pihak pendakwaan terhadap Cik Raeesah. Kemudian, Cik Loh Peiying dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.