Skip to main content

Singapura

Hari Ibu: Tidak semua yang dapat sambut dengan seisi keluarga

Tempoh pemutus rantaian COVID-19 sekarang membolehkan lebih ramai kaum ibu meluangkan masa bersama-anak mereka di rumah. Namun, tidak semua yang dapat berbuat demikian, seperti mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan barisan hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 May 2020 10:30PM Dikemas Kini : 10 May 2020 10:34PM

SINGAPURA: Tempoh pemutus rantaian COVID-19 sekarang membolehkan lebih ramai kaum ibu meluangkan masa bersama-anak mereka di rumah.

Namun, tidak semua yang dapat berbuat demikian, seperti mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan barisan hadapan.

Contohnya Cik Lynette Thng dan suaminya, yang kedua-duanya adalah kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan di Hospital Khoo Teck Puat.

Mereka kerap terdedah kepada orang-orang yang disyaki dijangkiti virus COVID-19 ataupun kes-kes yang sudah disahkan.

Sejak virus itu mula menular, pasangan itu berpindah ke rumah ibu bapa suaminya. Keputusan itu dibuat supaya rumah mereka sendiri dapat digunakan sebagai tempat pengasingan, jika mereka jatuh sakit.

Menurut Lynette, mertuanya membantu menjaga cucu mereka selain melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam pada itu pasangan tersebut kini lebih prihatin tentang kebersihan diri. Misalnya mereka terus mandi sebaik sahaja pulang kerja dan memastikan tangan bersih sebelum makan.

Di rumah, Lynette memikul satu lagi tugas - sebagai guru kepada anak-anaknya. Beliau perlu memastikan anak-anaknya dapat mengikuti mata pelajaran yang diberikan pihak sekolah.

Pengorbanan Lynette sebagai jururawat dan ibu amat dihargai.

Sempena Hari Ibu, suaminya menyiapkan sajian makan malam istimewa untuk Lynette. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RR/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita