Hari hujan diramal berkurangan pada separuh kedua November
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Hari yang berlakunya hujan dijangka berkurangan pada separuh kedua bulan November ini berbanding dengan dua minggu pertama bulan ini, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Rabu (16 Nov).
Hujan sekali- sekala berserta guruh diramalkan pada sebelah petang yang mungkin berlanjutan hingga ke sebelah malam pada beberapa hari.
Selain itu, hujan berserta guruh disertai angin kencang sekali-sekala juga dijangkakan sebelum fajar dan awal pagi.
"Dengan paras air hujan lebih tinggi daripada purata dicatatkan pada separuh pertama bulan November dan kurang hari berlaku hujan dijangkakn pada separuh kedua bulan ini, jumlah air hujan untuk keseluruhan November 2022 mungkin tinggi sedikit daripada biasa di kebanyakan bahagian pulau ini," menurut MSS.
MSS juga menarik perhatian keadaan antara musim tengkujuh dengan angin paras rendah dari arah yang berubah-ubah berlaku di Singapura sejak minggu terakhir Oktober 2022.
Sekitar akhir bulan November, angin diramal semakin kencang dan bertiup dari arah timur laut atau barat laut.
"Perubahan dalam arah tiupan angin monsun itu adalah petanda bermulanya musim tengkujuh timur laut yang biasanya berlanjutan hingga Mac 2023," menurut MSS
Semasa separuh kedua November, suhu harian bagi kebanyakan hari djangka di antara 24 dengan 33 darjah Selsius.
Pada beberapa hari kurang berawan, cuaca mungkin lebih panas dengan suhu mencecah 34 darjah Selsius.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.