Hari Guru: Daripada bidang guaman, Liyana Johari pilih jadi guru; Haziq Zaid mahu ubah stigma terhadap guru tadika lelaki
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Stigma bahawa guru tadika merupakan kerjaya hanya untuk kaum Hawa sahaja mahu dihapuskan Muhammad Haziq Zaid, 33 tahun.
Sebagai satu-satunya pelajar lelaki dalam kohortnya bagi jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kaplan Singapore, lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) itu ingin membuktikan bahawa kaum Adam juga boleh menambah nilai dalam bidang tersebut.
"Lazimnya, kita melihat lebih ramai kaum wanita dalam sektor ini. Oleh itu, kehadiran kaum lelaki mencabar stereotaip atau kebiasaan dan menimbulkan keraguan dalam masyarakat.
"Apatah lagi, terdapat kebimbangan bahawa lelaki kurang sesuai untuk menjaga dan menguruskan kanak-kanak prasekolah kerana adanya persepsi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak," kongsi Haziq kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Namun begitu, beliau akur persepsi masyarakat kian berubah dan lebih menerima kehadiran kaum Adam dalam bidang tersebut.
"Kini ramai yang sedar bahawa peranan pengasuhan ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang wanita. Kehadiran lelaki dalam bidang ini membawa kepelbagaian dan nilai tambah yang besar.
"Saya pasti dapat memberikan impak yang besar terhadap pembentukan tingkah laku serta kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah ini," kata Haziq.
Menurut laporan, kurang daripada satu peratus guru pendidikan awal kanak-kanak merupakan guru lelaki dan sehingga November lalu, terdapat kurang 220 guru lelaki dalam bidang tersebut.
IBU BAPA BIMBANG TENTANG PENGURUSAN ANAK DI BAWAH JAGAAN GURU LELAKI
Masih jelas di ingatannya sebuah insiden di mana seorang bapa meluahkan kebimbangannya tentang bagaimana anaknya akan diuruskan sekiranya anak itu perlu ke tandas.
"Kami perlu meyakinkan ibu bapa bahawa sebagai guru lelaki prasekolah, kami tidak akan menguruskan keperluan tandas kanak-kanak. Sebaliknya kami akan dibantu oleh seorang guru wanita yang akan sentiasa berada di bilik darjah," kongsi Haziq.
Beliau juga percaya pentingnya untuk membina hubungan yang baik dengan ibu bapa murid agar peranannya sebagai guru lelaki dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Ini juga mendorong beliau untuk meningkatkan kemahiran dan mendalami bidang itu dengan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Melangkah ke hadapan, Haziq berharap dapat menerapkan pembelajaran berteraskan aktiviti permainan dalam bilik darjah.
"Pendekatan ini memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dalam proses belajar. Semasa kegiatan bermain, mereka belajar dan berpeluang mengembangkan potensi yang sesuai dengan minat dan bakat yang dimiliki oleh mereka tanpa ada paksaan," kongsi Haziq.
Sepanjang hampir 11 tahun kerjayanya itu, Haziq berasa puas dapat berkongsi ilmu dengan murid-murid dan tidak pernah mengeluh dengan tanggungjawab yang digalasnya.
"Kepuasannya ialah apabila saya dapat melihat perkembangan yang positif dalam diri anak-anak didik saya baik dari segi kognitif mahupun kemahiran sosial mereka. Saya berasa gembira saat mereka memberikan respons yang baik terhadap pelajaran," kata Haziq.
DARI BIDANG GUAMAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Kepuasan yang sama juga diburu seorang lagi lulusan jurusan yang sama, Nur Liyana Johari, 25 tahun.
Malah sanggup tukar laluan kerjaya daripada bidang guaman kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Di politeknik dahulu, Nur Liyana menggenggam diploma dalam Undang-undang & Pengurusan.
"Saya rasa, sejak dahulu lagi, saya memang gemar berinteraksi dengan kanak-kanak, sebenarnya sebelum saya melanjutkan diploma dalam bidang guaman, saya ada pengalaman singkat berinteraksi dan bekerja dengan kanak-kanak apabila saya melakukan Sijil Asas dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak selepas peperiksaan peringkat 'O'.
"Menerusi pengalaman dan pekerjaan saya, saya rasa lebih bersemangat untuk memberi pengalaman yang positif dan menggalakkan kegembiraan belajar di kalangan kanak-kanak pada usia muda mereka," kongsi Liyana.
Meskipun pengalaman itu singkat, ia membulatkan tekadnya untuk melanjutkan pelajarannya di Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) pada 2020.
Keputusannya itu juga disokong keluarga dan rakan-rakannya.
"Kepuasan terbesar yang saya raih adalah melihat perkembangan positif dalam diri kanak-kanak di bawah jagaan saya. Melihat mereka berjaya mencapai sesuatu yang baru atau menguasai
kemahiran asas serta meningkatkan keyakinan diri, memberi saya kepuasan dan juga kebahagiaan yang mendalam.
"Selain itu, hubungan yang saya dapat bina dengan kanak-kanak di bawah jagaan saya dan juga ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah sesuatu yang saya amat hargai," kongsi Liyana.
DEDAHKAN PARA PELAJAR KEPADA SENI & BUDAYA MELAYU
Liyana yang bergiat aktif dalam seni dikir barat sebelum ini juga cuba menyuntik elemen seni itu dalam bilik darjah untuk menyeronokkan lagi pengalaman belajar anak-anak muridnya.
"Pengalaman saya dalam dikir barat membantu saya memperkenalkan seni dikir barat ini dengan cara yang lebih interaktif dan juga menyeronokkan untuk mereka.
"Jadi apabila saya menunjukkan mereka video persembahan dikir barat, mereka rasa amat tertarik terutama sekali apabila mereka lihat elemen yang pelbagai seperti nyanyian, ragam, dan genderang dan bagaimana semua elemen ini bergabung untuk membentuk persembahan yang menarik," kata Liyana.
Dengan ijazah sarjana muda yang digenggamnya itu, Liyana berharap dapat meningkatkan lagi mutu dan cara beliau mengajar dan menerapkan unsur-unsur baharu bagi menjadikan pembelajaran lebih seronok bagi murid-muridnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.