Hargai dan jangan remehkan kestabilan S'pura, tegas Chan Chun Sing
Bagi memastikan Singapura terus meraih kejayaan, kestabilan negara ini tidak boleh dipandang ringan di tengah-tengah cabaran dan perubahan pada sekitaran global, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Sabtu (9 Feb).

Encik Chan Chun Sing.
SINGAPURA: Bagi memastikan Singapura terus meraih kejayaan, kestabilan negara ini tidak boleh dipandang ringan di tengah-tengah cabaran dan perubahan pada sekitaran global, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Sabtu (9 Feb).
Semasa berucap di jamuan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di SAFRA Mount Faber semalam, Encik Chan berkata: "Pertama, kita perlu menghargai dan memandang serius terhadap kestabilan kita. Kestabilan kita amat penting bagi menjamin kejayaan kita sebagai sebuah negara dan menjadi kelebihan kita apabila bersaing di peringkat antarabangsa."
Sedang aspirasi masyarakat berubah mengikut perubahan dunia, beliau menggesa rakyat Singapura supaya terus "bersatu padu menghadapinya".
"Sedang kita mempersiapkan diri bagi peralihan kepimpinan dalam masa beberapa tahun akan datang, kita juga perlu memberikan isyarat yang positif kepada dunia tentang kestabilan kita, perpaduan kita dan kemajuan kita supaya ia akan meyakinkan para pelabur yang ingin melabur di sini dan mewujudkan pekerjaan yang baik untuk rakyat kita," tegas Encik Chan.
Encik Chan turut menekankan betapa pentingnya mempunyai "barisan pemimpin yang berani dan komited untuk membuat keputusan-keputusan penting" demi masa depan negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.