Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga sewa tinggi jejas rancangan sediakan lebih banyak perumahan mesra warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasaran sewa tempatan yang hangat sekarang menjejas rancangan perluasan untuk menyediakan lebih banyak kediaman dengan kemudahan mesra warga emas.

Syarikat Red Crowns menyatakan khidmat penjagaan sedemikian di kawasan kejiranan sudah menarik lebih banyak permintaan.

Pengendali swasta itu dalam kalangan pengendali yang menawarkan perumahan dengan kemudahan mesra warga emas.

Seorang pakar berkata dengan kedua-dua pengendali awam dan swasta menawarkan model sedemikian untuk membantu warga emas meniti usia penuaan, beberapa garis panduan harus disediakan.

Rumah sedemikian biasanya didiami beberapa warga senja yang berkongsi sewa yang mencapai S$2,000 atau lebih sebulan. Harga sewa itu termasuk juga kos khidmat penjaga.

Contohnya, menyewa flat empat bilik di kawasan kejiranan seperti Hougang boleh menelan kos sekurang-kurangnya $4,000 sebulan.

Model perumahan dengan kemudahan khas mungkin membantu memenuhi matlamat pemerintah untuk memastikan lebih ramai warga tua dapat meniti usia senja dengan tenang.

Namun pakar-pakar mengatakan pengurusan kos yang semakin meningkat mungkin akan mengambil masa yang lebih lama sebelum konsep itu dapat dikembangkan lebih meluas.
Sumber : CNA/MM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan