Harga, sewa hartanah perusahaan SG terus naik pada suku ketiga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga hartanah perusahaan naik buat suku kelapan berturut-turut.
Laporan suku tahunan JTC menunjukkan, harga dan sewa hartanah perusahaan kedua-duanya naik dua peratus berbanding suku sebelumnya.
Para penganalisis menyatakan, ini ekoran kesan limpahan permintaan pelabur dari segmen hartanah kediaman.
Berbanding setahun lalu, harga hartanah perusahaan naik 7.2 peratus pada suku ketiga, dengan harga sewa pula naik hampir lima peratus berbanding setahun lalu.
Bagaimanapun kadar penghunian keseluruhan bagi hartanah perindustrian jatuh hampir 90 peratus.
Ini kejatuhan 0.5 peratusan mata berbanding tahun lalu.
JTC menjangka lagi 600,000 meter persegi ruang perusahaan akan memasuki pasaran pada suku keempat ini dalam bentuk ruang kilang berbilang pengguna.
Para penganalisis bagaimanapun menjangkakan permintaannya akan lebih rendah bagi hartanah perusahaan seperti ini ekoran ramalan yang lebih muram bagi sektor pengilangan.

Sumber : CNA/DY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.