Harga sayur naik 30% ekoran hujan lebat di M'sia, kata peniaga di pasar basah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar:CNA/Davina Tham)
SINGAPURA: Peniaga sayur di Singapura terjejas dek hujan lebat yang berterusan di Malaysia yang telah mengurangkan hasil tanaman di seluruh negara.
Pemilik gerai di tiga pasar basah memberitahu Mediacorp pada Rabu (7 Sep) bahawa harga sayuran juga sudah meningkat sebanyak 10 hingga 30 peratus semasa musim hujan.
Mediacorp melaporkan hujan berpanjangan di Malaysia sejak beberapa minggu lalu di kawasan tanaman sayur di Melaka dan Cameron Highlands serta pasar di Kuala Lumpur.
Bekalan keseluruhan sayur-sayuran merosot sebanyak 20 hingga 30 peratus terutamanya tanaman seperti bayam, bok choy, kacang panjang dan bendi yang ditanam di ladang terbuka, kata Presiden Persatuan pemborong sayur Malaysia.
Cuaca hujan diramal berterusan di kebanyakan kawasan di Malaysia sehingga Februari 2023 akibat musim tengkujuh timur laut tahunan, menurut jabatan meteorologi Malaysia.
Beberapa gerai yang dikunjungi Mediacorp pada Rabu (7 Sep), menunjukkan bekalan sayur dari Malaysia masih membentuk kebanyakan sayur yang dijual. Menurut peniaga tempatan musim hujan di Malaysia menjadi punca harga yang lebih tinggi.
Apabila ditanya jenis sayur yang paling terjejas, sebilangan mereka merujuk kepada cili merah yang buat masa ini dijual pada harga S$7.50 hingga S$8.50 sekilogram, naik daripada S$4 hingga S$5. Daun ketumbar pula berharga S$15 sekilogram berbanding S$7 hingga S$8 sekologram sebelum ini.
Ada beberapa peniaga yang berkata harga melonjak sejak dua tiga minggu lalu manakala ada yang mengatakan trend harga yang semakin meningkat sudah berlaku sejak beberapa bulan lepas.
Sayur seperti timun, peria dan terung meningkat kepada S$3 sekilogram bulan lepas akibat hujan, namun sudah kembali kepada S$2 minggu ini, kata seorang pemilik gerai, Lin Shi Fei di Pasar Basah Redhill kepada Mediacorp.
Hujan lebat juga bermakna sayur yang dibawa masuk "tidak cantik dipandang dan mudah busuk," kata Cik Lin.
Atas sebab itu, beberapa peniaga kini menyimpan bekalan dalam jumlah yang lebih kecil.
Namun, turun naik harga ekoran musim hujan di utara bukanlah perkara baru bagi penjual sayur yang sudah beroperasi buat sekian lama.
Namun apa yang lebih membimbangkan ialah ia memburukkan lagi cabaran yang dihadapi perniaga ketika pandemik COVID-19, kata seorang pemilik gerai di Pasar Basah Beo Crescent, Encik Ng kepada Mediacorp.
HURAIAN ALTERNATIF
Seperti pegerai yang lain, Encik Ng menyimpan bekalan sayur yang lebih kecil disebabkan gabungan kos yang lebih tinggi dan pembekal tidak dapat memenuhi permintaan.
Encik Ng berkata keadaan itu merugikan beliau, terutamanya ketika beliau cuba untuk memastikan harga stabil untuk pelanggan.
Faktor berikut memaksa Encik Ng dan penjual sayur lain untuk mencari sumber alternatif di rantau ini.

Cili merah dari Vietnam merupakan satu alternatif yang popular dan lebih murah. Namun, tidak semua pelanggan mahu beralih kepada sayur dari tempat yang berbeza.
Seorang peniaga di Tekka Centre memberitahu Mediacorp bahawa beliau masih menjual cili dari Malaysia kerana pelanggannya mendapati cili dari Vietnam kurang pedas dan tidak sesuai dengan selera mereka.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.