Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet terus naik pada suku ketiga, namun lebih perlahan

Harga rumah privet naik 0.5 peratus dalam suku ketiga tahun ini. Menurut perangkaan terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2018 10:59AM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 09:33PM

SINGAPURA: Harga rumah privet naik 0.5 peratus dalam suku ketiga tahun ini.

Menurut perangkaan terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Okt).

Pasaran rumah privet terus mencatat trend harga meningkat berbanding suku sebelumnya, meskipun pada rentak lebih perlahan dengan harga naik sebanyak 3.4 peratus dalam suku kedua dan 3.9 peratus dalam suku pertama.

Harga hartanah tidak berhalaman meningkat 1.2 peratus di kawasan tengah bandar (CCR) berbanding kenaikan 0.9 peratus pada suku sebelumnya.

Harga perumahan privet di pinggir kawasan bandar (RCR) pula merosot sebanyak 0.8 peratus selepas mencatatkan kenaikan 5.6 peratus pada suku sebelumnya manakala harga hartanah di kawasan luar bandar (OCR) naik 0.1 peratus selepas meningkat 3 peratus pada tempoh tiga bulan sebelumnya.

Anggaran awal itu dikumpulkan berdasarkan harga urus-niaga yang diberikan bagi urusan kontrak cukai setem dan data tinjauan mengenai unit-unit baru yang dijual pihak pemaju hartanah sehingga pertenghaan September.

Perangkaan itu akan dikemas kini pada 26 Oktober ini, apabila URA mengeluarkan perangkaan sepenuhnya, bagi suku tersebut. 

Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan