Harga rumah privet SG turun 0.2% pada suku kedua, kejatuhan pertama dalam 3 tahun
Ia adalah kemerosotan pertama sejak suku pertama 2020, apabila harga jatuh 1 peratus disebabkan COVID-19, kata Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee & Tie.
Indeks harga URA bagi harta privet kini 194.4, turun daripada 194.8 pada suku sebelumnya.
Harga menunjukkan tanda-tanda menjadi sederhana dan stabil, kata Cik Sun.
Harga lebih rendah itu kurang sedikit daripada anggaran yang dikeluarkan awal bulan ini, yang menunjukkan kejatuhan 0.4 peratus.
Menurut data terkini, harga hartanah berhalaman – atau kondominium dan apartmen– jatuh sebanyak 0.6 peratus pada suku kedua, berbanding kenaikan 2.6 peratus pada suku sebelumnya.
Mengikut kawasan, harga hartanah di Baki Kawasan Daerah Utama (RCR) jatuh paling banyak, sebanyak 2.5 peratus. Rumah serupa di Kawasan Daerah Utama (CCR) juga susut sebanyak 0.1 peratus.
Bagaimanapun, harga hartanah tidak berhalaman di Luar Kawasan Tengah (OCR) terus meningkat, naik 1.2 peratus pada suku kedua. Ia adalah peningkatan yang lebih perlahan daripada 1.9 peratus pada suku pertama.
Harga hartanah berhalaman meningkat 1.1 peratus, lebih sederhana daripada kenaikan 5.9 peratus pada suku pertama.
Cik Sun berkata pertumbuhan harga yang lebih perlahanan mungkin disebabkan oleh langkah penyejukan hartanah yang dilaksanakan pada September 2022 dan April 2023, yang menaikkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) untuk sesetengah pembeli.
"Sesetengah pembeli terus menghadapi kos pinjaman yang tinggi kerana kadar faedah kekal tinggi. Penjual juga menghadapi lebih banyak tekanan kerana bekalan secara beransur-ansur meningkat dengan lebih banyak rumah privet yang siap," katanya
Lebih banyak rumah privet baharu dilancarkan dan dijual pada suku kedua, berbanding dengan suku sebelumnya. Daripada 2,374 unit yang belum siap dilancarkan, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), pemaju menjual 2,127.
Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada 1,312 unit yang dilancarkan dan 1,256 unit yang dijual pada suku pertama.
Terdapat 2,976 urus niaga pada suku kedua, berbanding 2,622 unit yang bertukar tangan pada suku sebelumnya. Subjualan menyumbang kira-kira 5.3 peratus daripada semua urus niaga, turun daripada 5.9 peratus pada suku pertama.
HARGA SEWA NAIK PERLAHAN
Jumlah hartanah kediaman privet yang disewakan meningkat 2.8 peratus pada suku kedua, lebih rendah daripada peningkatan 7.2 peratus pada suku sebelumnya.
Jumlah hartanah tidak berhalaman yang disewa meningkat sebanyak 2.3 peratus, manakala sewa untuk hartanah berhalaman meningkat 6.7 peratus pada suku kedua - kedua-duanya pada kadar lebih perlahan daripada suku sebelumnya.
Momentum penyewaan berkurangan bagi semua segmen pasaran, kata URA, dengan sewa meningkat pada kadar yang lebih perlahan di semua kawasan.
KEBANYAKAN PEMBELI WARGA SG
Pegawai eksekutif utama ERA Realty Network Eugene Lee berkata kira-kira 80 peratus pembelian hartanah privet pada suku kedua dibuat oleh rakyat Singapura, manakala 15.9 peratus urus niaga adalah oleh penduduk tetap, dan warga asing membentuk 4.1 peratus.
Susulan langkah meredakan pasaran hartanah pada April yang meningkatkan ABSD bagi warga asing kepada 60 peratus, jumlah kediaman tidak berhalaman yang dibeli oleh warga asing berkurangan dengan ketara pada Jun, katanya.
"Daripada lima negara yang diberi layanan cukai yang sama seperti warga Singapura, AS sentiasa menjadi antara pembeli utama hartanah kediaman di Singapura," kata Encik Lee.
BEKALAN RUMAH PRIVET
Sebanyak 4,401 unit kediaman privet, termasuk EC, siap pada suku kedua, lebih daripada 3,785 unit yang disiapkan pada suku sebelumnya.
Bilangan unit siap pada suku kedua adalah kira-kira 83 peratus lebih daripada purata sekitar 2,400 unit yang siap setiap suku pada 2022.
Antara projek yang siap ialah Riverfront Residences dengan 1,472 unit, Affinity At Serangoon, yang mempunyai 1,052 unit, dan The Woodleigh Residences, menambah 667 unit.
Berdasarkan tarikh jangkaan siap yang dilaporkan oleh pemaju, 12,306 unit akan siap pada separuh kedua 2023 dan kira-kira 40,200 unit dijangka siap antara 2023 dan 2025.
Secara keseluruhan, harga rumah privet meningkat kira-kira 3.1 peratus pada separuh pertama 2023, dan penganalisis menjangkakan harga akan terus naik pada kadar yang lebih perlahan tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.