Harga rumah privet SG naik 8.4% pada 2022, tumbuh lebih perlahan berbanding 2021
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Harga perumahan privet di Singapura naik 8.4 peratus pada 2022, berbanding kenaikan 10.6 peratus pada 2021.
Demikian menurut unjuran kilat yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (3 Jan).
Kesederhanaan dalam kenaikan harga berlaku berikutan kemerosotan dalam jualan perumahan privet, dengan jumlah jualan merosot kira-kira 36 peratus tahun lalu, kata URA.
Secara keseluruhan, indeks hartanah kediaman privet meningkat 188.2 mata dalam suku keempat pada tahun lalu, naik 0.2 peratus dari bulan sebelumnya.
Bilangan jualan bagi suku terakhir 2022 merosot sekitar 49 peratus dari suku ke suku dan menjunam sekitar 60 peratus dari tahun ke tahun.
Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analisis OrangeTee & Tie berkata: "Penurunan harga tersebut sejajar dengan unjuran makroekonomi yang lemah berlatarbelakangkan kenaikan kadar faedah gadai janji dan inflasi yang melambung tinggi."
Singapura memperkenalkan langkah-langkah mengawal pasaran pada Disember 2021 dan September tahun lalu bagi tujuan meredakan permintaan.
Dalam suku keempat tahun lalu, harga hartanah kediaman privet di Kawasan Daerah Utama (CCR) naik 0.5 peratus, berbanding kenaikan 2.3 peratus dalam suku sebelumnya.
Harga hartanah di pinggir kawasan tersebut (RCR) melonjak 2.6 peratus, sementara harga di kawasan Luar Pusat merosot 2.6 peratus.
Bagi keseluruhan 2022, harga dalam CCR, RCR dan OCR masing-masing meningkat 4.6 peratus, 9.2 peratus dan 9.3 peratus.
JANGKAAN BAGI 2023
Cik Sun berkata bahawa beliau menjangkakan para pembeli kekal berhemat tahun ini, memandangkan kadar faedah kian meningkat, tekanan inflasi dan keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu.
Dia menambah bahawa kesan akhirnya juga mungkin menyaksikan harga tumbuh lebih perlahan di antara 5 peratus dengan 8 peratus tahun ini.
Lebih banyak rumah privet akan dilancarkan di lokasi utama dan kawasan pinggir bandar tahun ini, dan jualan rumah yang lebih mahal itu boleh meningkatkan indeks harga keseluruhan, kata Cik Sun.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.