Harga rumah privet SG naik 3.2% pada suku pertama
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan rumah-rumah privet di Singapura. (AFP File)
SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura naik 3.2 peratus pada suku pertama 2023.
Demikian menurut anggaran awal yang diterbitkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (3 Apr).
Ia dibandingkan dengan kenaikan 0.4 peratus pada suku sebelumnya.
Indeks harga hartanah kediaman privet pada suku pertama meningkat kepada 194.6 mata, naik 6.0 mata.
Namun, jualan merosot sekitar lapan peratus berdasarkan dari suku ke suku dan 38 peratus berdasarkan dari tahun ke tahun.
Harga bagi hartanah rumah bukan berhalaman di Kawasan Rantau Utama (CCR) naik satu peratus, dibandingkan dengan kenaikan 0.7 peratus pada suku sebelumnya.
Harga bagi Baki Kawasan Rantau Utama (RCR) naik empat peratus, dibandingkan dengan kenaikan 3.1 peratus.
Harga bagi Luar Kawasan Tengah (OCR) pula naik 1.9 peratus, dibandingkan dengan penurunan sebanyak 2.6 peratus pada suku sebelumnya.
Anggaran awal tersebut diterbitkan berdasarkan harga jual beli yang diberi dalam kontrak yang dikemukakan bagi pembayaran cukai setem dan data mengenai unit-unit yang dijual oleh pemaju sehingga pertengahan Mac.
URA akan menerbitkan statistik penuh hartanah bagi suku pertama 2023 pada 28 April.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.