Harga rumah privet SG jatuh buat kali pertama dalam 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura jatuh buat kali pertama dalam tiga tahun, turun 0.4 peratus pada suku kedua 2023.
Demikian menurut ramalan awal yang didedahkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (3 Jul).
Ia juga merupakan penurunan suku tahunan yang pertama sejak suku pertama 2020, sedang momentum harga mereda bagi kesemua segmen pasaran, dedah URA.
Berdasarkan perbandingan dari suku ke suku, indeks jatuh sebanyak 0.4 peratus pada suku kedua selepas meningkat 3.3 peratus pada suku sebelumnya.
Kejatuhan harga berlaku menyusuli beberapa pusingan untuk meredakan pasaran hartanah tempatan sejak Disember 2021, termasuk menaikkan lagi Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang dikuatkuasakan pada April.
Harga hartanah tanpa halaman jatuh sebanyak 0.5 peratus pada suku kedua berbanding peningkatan 2.6 peratus pada suku sebelumnya.
Sebahagian besar penurunan itu disebabkan oleh hartanah di Baki Kawasan Daerah Utama (RCR), di mana harganya merosot sebanyak 2.6 peratus berbanding kenaikan 4.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Rentak kenaikan di Kawasan Daerah Utama (CCR) menyederhana kepada 0.3 peratus berbanding peningkatan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.
Kenaikan harga di Luar Kawasan Tengah (OCR) juga menyederhana kepada 1.2 peratus, daripada kenaikan 1.9 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Harga hartanah berhalaman pula menyaksikan peningkatan paling kecil dalam tempoh dua tahun, menurut URA, yang meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding kenaikan 5.9 peratus pada suku sebelumnya.
Anggaran awal tersebut adalah berdasarkan harga urus niaga yang diberikan dalam kontrak yang dikemukakan untuk pembayaran cukai setem dan data mengenai unit yang dijual oleh pihak pemaju sehingga pertengahan Jun.
URA akan mengeluarkan statistik penuh bagi suku kedua tahun ini pada 28 Julai.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.