Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik pada rentak lebih pantas 3.3% pada suku pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik pada rentak lebih pantas 3.3% pada suku pertama

(Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 28 Apr 2023 11:20AM Dikemas Kini : 28 Apr 2023 11:40AM

SINGAPURA: Harga rumah privet naik 3.3 peratus pada suku pertama 2023, lebih pantas daripada 0.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelum ini, menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (28 Apr).

Kadar kenaikan lebih tinggi bagi hartanah berlaman sebanyak 5.9 peratus, berbanding 0.6 peratus pada suku sebelumnya. 

Harga hartanah tidak berlaman pula naik sebanyak 2.6 peratus, juga lebih tinggi daripada suku sebelumnya sebanyak 0.3 peratus.

Bagi kondominium, kadar kenaikan didorong oleh penjualan kukuh di Baki Kawasan Tengah (RCR), yang naik 4.4 peratus.

Harga kondominium di Luar Kawasan Tengah (OCR) naik 1.9 peratus, berbanding kemerosotan sebanyak  2.6 peratus pada suku sebelumnya. Harga di Kawasan Tengah Utama (CCR) pula naik 0.8 peratus.

Harga sewa naik 7.2 peratus pada suku yang sama, jatuh sedikit daripada kenaikan 7.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), pihak pemaju melancarkan untuk dijual 1,312 kondominium yang belum siap pada suku pertama, lebih seganda daripada 504 unit pada tiga bulan sebelumnya.

Sebanyak 1,256 unit turut terjual, meningkat daripada 690 unit sebelum ini.

Tiada unit EC dilancarkan, tetapi pihak pemaju menjual 206 unit daripada pelancaran sebelum ini. Pada suku sebelumnya, 1,257 unit EC dilancarkan untuk dijual dan 1,127 unit sudah dijual.

BEKALAN BERTAMBAH

Sebanyak 3,785 unit kediaman privet siap dibina pada suku pertama 2023, kurang daripada 4,423 unit yang siap pada suku sebelumnya.

Namun jumlah tersebut adalah sekitar 60 peratus lebih banyak daripada purata sekitar 2,400 unit yang siap pada setiap suku pada 2022. Projek yang siap pada suku tersebut termasuk Avenue South Residence, Piermont Grand, Kent Ridge Hill Residences dan Riviere.

Dengan jumlah bekalan yang besar sudah siap, kadar rumah privet yang kosong meningkat kepada paras tertinggi dalam lima suku sebanyak 6 peratus, daripada 5.5 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi keseluruhan 2023, sekitar 19,000 unit dijangka siap,  bekalan tahunan tertinggi sejak 2017, menurut URA.

Berdasarkan tarikh dijangka siap yang dilaporkan oleh pemaju, 15,221 unit (termasuk EC) akan siap pada baki tiga suku tahun 2023. 21,421 unit lagi dijangka siap pada 2024 dan 2025.

Pemerintah telah menambah lagi bekalan perumahan privet dalam Senarai Disahkan untuk Program GLS kepada 4,090 unit pada separuh pertama 2023 daripada 3,505 unit pada separuh kedua 2022, untuk memenuhi permintaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan