Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik 3.4% pada suku kedua

Harga rumah privet di Singapura terus meningkat pada suku kedua 2018, dengan kenaikan sebanyak 3.4 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik 3.4% pada suku kedua

Kondominium privet yang sedang dibina di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:50AM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:53AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura terus meningkat pada suku kedua 2018, dengan kenaikan sebanyak 3.4 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (2 Jul).

Namun, kenaikan itu lebih rendah berbanding 3.9 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Keseluruhannya, indeks hartanah privet naik 4.9 mata dari 144.1 mata pada suku pertama kepada 149.0 mata pada suku kedua tahun ini.

Harga hartanah privet tidak berhalaman naik 1.4 peratus di kawasan tengah bandar (CCR), berbanding kenaikan 5.5 peratus pada suku sebelumnya.

Harga di sekeliling kawasan itu pula (RCR) naik 5.7 peratus, selepas mencatat kenaikan 1.2 peratus pada suku sebelumnya.

Harga di luar kawasan bandar (OCR) naik 2.9 peratus berbanding kenaikan 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

Anggaran awal yang dikeluarkan berdasarkan harga urus niaga yang dilakukan sehingga pertengahan bulan Jun.

Perangkaan itu akan dikemas kini pada 27 Julai apabila URA mengeluarkan data hartanah sepenuhnya bagi suku kedua tahun ini. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan