Harga rumah privet naik 1.3% pada suku kedua
Harga rumah privet di Singapura naik 1.3 peratus pada suku kedua tahun ini, menyusuli kemerosotan selama dua suku berturut-turut. Demikian menurut anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Jul).

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura naik 1.3 peratus pada suku kedua tahun ini, menyusuli kemerosotan selama dua suku berturut-turut. Demikian menurut anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Jul).
Indeks hartanah perumahan privet naik 1.9 peratus dari 148.6 mata pada suku pertama kepada 150.5 mata pada suku kedua. Ini adalah peningkatan 1.3 peratus berbanding penguncupan 0.7 peratus pada suku sebelum ini.
Di kawasan tengah bandar (CCR), harga hartanah tidak berhalaman meningkat 1.5 peratus berbanding penyusutan 3 peratus pada suku lalu.
Sementara itu harga hartanah di pinggir kawasan tengah bandar (RCR) naik 3 peratus selepas merosot 0.7 peratus suku lalu, manakala di luar kawasan tengah bandar (OCR) harga meningkat 0.5 peratus menyusuli kenaikan 0.2 peratus pada suku lalu.
Anggaran awal itu dikumpulkan berdasarkan harga urus niaga dalam kontrak yang diserahkan bagi pembayaran cukai setem dan data unit yang dijual oleh pemaju sehingga pertengahan Jun.
Perangkaan akan dikemaskini pada 26 Julai apabila URA mengeluarkan perangkaan penuh hartanah bagi suku kedua tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.