Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik 0.8% pada suku ke-4 2017

Harga rumah privet naik 0.8 peratus pada suku keempat 2017. Demikian menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (26 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik 0.8% pada suku ke-4 2017

Gambar fail kondominium di Singapura. (Gambar: Eileen Poh)

Diterbitkan : 26 Jan 2018 10:32AM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 10:33AM

SINGAPURA: Harga rumah privet naik 0.8 peratus pada suku keempat 2017. Demikian menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (26 Jan).

Peningkatan ini tidak jauh berbeza dengan kenaikan 0.7 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi 2017, harga rumah privet naik 1.1 peratus, berbanding penurunan 3.1 peratus pada 2016.

Harga hartanah berhalaman naik 0.5 peratus dalam suku keempat, berbanding peningkatan 1.2 peratus pada suku sebelumnya. Harga hartanah tanpa halaman juga naik 0.8 peratus, berbanding kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi 2017, harga hartanah berhalaman turun 0.5 peratus sementara harga hartanah tanpa halaman naik 1.3 peratus.

Harga hartanah privet tanpa halaman di bahagian tengah bandar (CCR) mencatat pertumbuhan tertinggi, dengan kenaikan sebanyak 1.4 peratus pada suku keempat. Harga hartanah di sekeliling kawasan itu (RCR) naik 0.4 peratus dalam tempoh yang sama, sementara harga hartanah di luar kawasan tersebut (OCR) naik 0.8 peratus.

Bagi keseluruhan 2017, harga hartanah privet tanpa halaman di CCR, RCR dan OCR masing-masing naik 0.6 peratus, 1.8 peratus dan 1.4 peratus.

Jumlah sewa hartanah privet mengalami penurunan 0.9 peratus pada suku keempat. Bagi keseluruhan 2017, jumlah sewa jatuh 1.9 peratus, berbanding 4 peratus pada tahun sebelumnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan