Harga rumah privet jatuh 1.1% pada Q3, kemerosotan pertama dalam setahun; harga flat jualan semula meningkat
Harga rumah privet jatuh pada suku ketiga tahun ini, sedang momentum penjualan semakin perlahan, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (1 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga rumah privet jatuh pada suku ketiga tahun ini, sedang momentum penjualan semakin perlahan, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (1 Okt).
Indeks harga hartanah privet merosot sebanyak 1.1 peratus pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, dan berbanding kenaikan 0.9 peratus pada suku sebelumnya.
Ia merupakan kali pertama harga merosot sejak suku kedua 2023.
Jumlah urus niaga juga merosot kira-kira 11 peratus pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, dedah URA.
Bagi tiga suku pertama 2024, keseluruhan harga rumah privet menyaksikan peningkatan sebanyak 1.1 peratus, penyederhanaan yang ketara daripada keuntungan 3.9 peratus yang diraih dalam tempoh yang sama pada 2023.
Bagi tiga suku pertama 2024, jumlah urus niaga turun 8.1 peratus daripada paras setahun lalu.
HARTANAH PRIVET
Harga bagi hartanah berhalaman merosot sebanyak 3.8 peratus pada suku ketiga, berbanding kenaikan 1.9 peratus pada suku sebelumnya.
Bagi hartanah tanpa halaman, harga merosot sebanyak 0.3 peratus pada suku ketiga, berbanding kenaikan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.
Harga untuk hartanah tanpa halaman di kawasan utama bandar (CCR) menyaksikan penurunan terbesar sebanyak 1.5 peratus pada suku ini, melanjutkan penurunan 0.3 peratus pada suku sebelumnya.
Harga di luar kawasan utama bandar (OCR) jatuh sebanyak 0.1 peratus, berbanding kenaikan 0.2 peratus pada suku sebelumnya.
Harga hartanah privet tanpa halaman di baki kawasan utama bandar (RCR) meningkat 0.2 peratus, lebih sederhana daripada kenaikan 1.6 peratus pada suku sebelumnya.
Kejatuhan harga boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Ini termasuk permintaan yang lebih rendah dan jumlah pelancaran hartanah yang berkurangan semasa Bulan Hantu dan cuti sekolah pada September, menurut penganalisis hartanah.
Ramai bakal pembeli mungkin telah mempamerkan sikap lebih berhati-hati dalam keputusan pembelian mereka, kerana mereka "lebih terkawal dalam kemampuan mereka disebabkan oleh kos sara hidup dan kadar faedah yang tinggi", kata Cik Christine Sun, ketua penyelidik dan ahli strategi di OrangeTee Group.
HARGA FLAT JUALAN SEMULA MENINGKAT
Harga flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat 2.5 peratus pada suku ketiga berbanding suku sebeluknya, menurut ramalan awal.
Jumlah flat jualan semula setakat sehingga 29 Sep adalah sebanyak 8,035, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama setahun lalu.
“Urus niaga jualan semula yang telah melepasi paras jutaan dolar terus membentuk sebahagian kecil daripada jumlah urus niaga jualan semula, dan sebahagian besar flat jualan semula telah diurusniagakan pada harga yang jauh lebih rendah pada (suku ketiga) 2024,” kata HDB.
Peningkatan harga jualan semula suku ketiga dan jumlahnya didorong oleh "permintaan kukuh yang luas, serta bekalan yang ketat dalam pasaran" dengan jumlah flat yang memenuhi Tempoh Pendudukan Minimum (MOP) berkurangan pada 2024 berbanding tahun lalu.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.