Harga perumahan baharu di kawasan pesisiran lebih tinggi di bawah pelan bentuk semula pusat bandar: Penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kediaman di kawasan utama pesisiran akan menjadi lebih mudah diakses, sedang perancangan pembangunan bagi pusat bandar Singapura memperuntukkan tanah bagi perumahan, menurut para penganalisis hartanah.
Namun, kediaman di lokasi-lokasi tersebut berkemungkinan berharga lebih tinggi, tekan mereka.
Dalam ucapan sulung Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad lalu (18 Ogos), Perdana Menteri Lawrence Wong menyebutkan tentang lima kediaman dan kawasan kegunaan bercampur yang akan dibangunkan berhampiran kawasan pesisiran.
Encik Wong mengatakan pembangunan semula itu adalah pelaburan besar dan akan mengambil tempoh berdekad-dekad lamanya untuk membuahkan hasil. Sekalipun demikian, penting untuk membina asas dari sekarang bagi Singapura yang lebih baik.
KEDIAMAN DI KAWASAN PESISIRAN
Sebagai contoh, lebih 10,000 kediaman baharu akan dibina di Marina South dan Marine East. Ia boleh menjadi kawasan yang mampan dan kurang menggunakan kereta (car-lite), dengan rangkaian berbasikal dan laluan yang mesra pejalan kaki.
Di Tanjong Rhu, yang kini terdiri daripada perumahan privet, flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baharu akan diperkenalkan supaya lebih ramai rakyat Singapura boleh mengakses rumah yang boleh dimampui berhampiran pusat bandar tersebut.
Kawasan Nicoll dan Kampong Bugis, yang terletak berhampiran daerah bersejarah, akan mempunyai kegunaan baharu kediaman dan rekreasi.
Flat-flat HDB yang akan dibina di lokasi tersebut berkemungkinan berada dalam kategori Prime, tambahnya, merujuk kepada klasifikasi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) dengan syarat jualan paling ketat.
"Flat-flat itu mungkin akan ditetapkan dengan tempoh penginapan minimum yang lebih panjang dan juga sekatan lain."
Nicholas Mak, ketua pegawai penyelidik di portal carian hartanah Mogul.sg percaya harga bagi flat BTO empat bilik di kawasan Nicoll dan Kampong Bugis, misalnya, jika dilancarkan dalam beberapa tahun akan datang, boleh berada dalam lingkungan antara "S$800,000 (AS$611,000) hingga hampir S$900,000".
"Kemungkinan besar harganya tidak akan melepasi penanda aras berjuta-juta dolar," jelasnya, sambil menambah bahawa kesannya hanya sedikit ke atas harga perumahan sedia ada, memandangkan perancangan itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap dan dalam tempoh yang panjang.
POTENSI BAYANGKAN, BINA BANDAR MASA DEPAN
Para pengamat menarik perhatian bahawa visi jangka panjang PM Wong bagi pusat bandar itu adalah satu langkah ke hadapan yang baik, dan rakyat Singapura akan digalakkan untuk membayangkan gambaran masa depan mereka.
"Terdapat kepekaan tentang bagaimana sebenarnya penduduk akan menggunakan tempat itu dan bagaimana mereka akan menikmati perkara tertentu," ujar profesor seni bina dan reka bentuk mampan Erwin Viray dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).
Perancangan pembangunan tersebut akan membantu membina masyarakat yang lebih inklusif dan menakrifkan semula gaya hidup bagi rakyat Singapura, kongsi para penganalisis.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.