Skip to main content

Singapura

Harga pasaran hartanah dijangka meningkat lebih perlahan tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Dec 2022 06:45PM Dikemas Kini : 20 Dec 2022 10:25PM
SINGAPURA: Pasaran hartanah Singapura mungkin melihat harga meningkat lebih perlahan tahun depan, seiring dengan bertambahnya bekalan di pasaran serta sikap lebih berhati-hati para pembeli.

Ia memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Para pemerhati menjangkakan harga hartanah akan meningkat sekitar 8% tahun depan, berbanding unjuran 11% buat tahun 2022.

Unit-unit seperti flat 4-bilik di Pinnacle@Duxton yang dijual Oktober lalu berjumlah S$1.3 juta
mendapat sorotan meluas kini.

Para pengamat jangkakan, sehingga 370 flat sedemikian bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta pada hujung 2022.

Malah, trend tersebut turut dilihat di estet-estet bukan matang, dengan 13 flat dijual di atas harga S$1 juta.

Bagi mengawal permintaan bagi flat jualan semula, pemerintah memperkenalkan satu siri langkah untuk meredakan pasaran hartanah.

Ia termasuk menetapkan bahawa mereka yang baru menjual rumah privet, harus menunggu selama 15 bulan sebelum boleh membeli flat jualan semula.

Bagi golongan yang terjejas dengan langkah mendadak itu, mereka terpaksa menyewa buat sementara waktu disebabkan harga pasaran bagi hartanah privet juga turut melambung naik.

Akibatnya, harga sewa rumah turut meningkat, baik untuk flat HDB mahupun rumah privet.

Namun untuk 2023, ramai pengamat jangkakan, kadar faedah lebih tinggi dan syarat lebih ketat bagi pinjaman akan menyebabkan pasaran hartanah kembali stabil.

Lebih-lebih lagi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu serta lebih banyak bekalan hartanah bakal tersedia.

"Tahun depan, lebih banyak projek bakal dilancarkan, jadi permintaan untuk rumah baru akan meningkat," kata Pengarah Eksekutif syarikat Savills, Encik Alan Cheong.

"Namun para pemaju tidak jangka jualan akan cecah hingga 75% pada minggu pertama pelancaran, mungkin berkisar antara 50% atau 60% jika harganya bertepatan dengan lokasi projek," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita