Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga minyak kenderaan jangkaui S$4 seliter buat pertama kali; paras tertinggi baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jun 2022 08:40PM Dikemas Kini : 03 Jun 2022 09:04PM

SINGAPURA: Harga minyak kenderaan mencecah paras tertinggi yang baru pada Jumaat (3 Jun) iaitu S$4 selepas Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menyekat minyak Rusia dan menjangkakan permintaan yang semakin meningkat dari China di tengah-tengah pelonggaran sekatan COVID-19.

Para pemandu yang ditemui Mediacorp mengatakan bahawa mereka sedang bergelut untuk menangani kesan kenaikan harga, dengan salah seorang daripada mereka merancang untuk menukar ke kenderaan hibrid.

Harga minyak jenis 95 adalah antara S$3.26 dengan S$3.33 seliter, meningkat daripada S$3.16 hingga S$3.25 hanya dua minggu lalu, menurut Fuel Kaki, pemantau harga minyak kenderaan yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE).

Minyak gred premium jenis 98 di Shell (Shell V-Power) berharga S$4.04 seliter, iaitu kali pertama harga minyak melepasi paras S$4 seliter di Singapura.

Minyak jenis 98 berharga S$3.86 di Sinopec (Sino X Power) dan S$3.99 di Caltex (Platinum 98), meningkat daripada julat antara S$3.77 dengan S$3.96 pada 20 Mei.

Harga diesel adalah antara S$3 (Sinopec) dengan S$3.08 seliter (Shell, Caltex), meningkat daripada julat antara S$3 dengan S$3.03.

Harga minyak jenis 92 adalah antara S$3.26 dengan S$3.28 seliter, naik dari antara S$3.13 dengan S$3.20.

Harga minyak sudah meningkat sejak awal tahun ini, disebabkan oleh isu-isu bekalan, perang di Ukraine dan permintaan yang semakin bertambah.

Pada 7 Februari, minyak jenis 98 melonjak melepasi paras S$3 seliter, meningkat sehingga S$3.25 seliter.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan