Harga makanan dijangka lebih mahal di 2 kedai kopi kejiranan ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk di dua kejiranan Singapura sedang mempersiapkan diri bagi harga makanan lebih tinggi di kedai kopi berdekatan.
Perkara tersebut berlaku selepas dua kedai kopi di Yishun dan Tampines baru-baru ini dijual pada harga sekurang-kurangnya S$40 juta.
Para penyewa bimbang para pemilik baru kedai-kedai kopi itu akan menaikkan harga sewa, memberikan mereka tiada pilihan lain kecuali untuk mengalihkan kos yang lebih tinggi itu kepada para pelanggan.
Dengan harga makanan dan kos sewa yang semakin meningkat, para penduduk di Tampines boleh menjangkakan harga akan terus melonjak dengan penjualan kedai kopi di kawasan kejiranan tersebut pada harga rekod lebih $41 juta.
Ada pegerai yang mendakwa harga sewanya sudah naik dua kali lipat kepada lebih $12,000 sebulan.
Akibatnya harga makanan terpaksa dinaikkan antara 20 sen hingga 50 sen.
Bagi para penduduk di Yishun, mereka harus memilih antara makanan di kedai kopi atau gerai di pusat penjaja.
Namun, harga makanan di kedai kopi mungkin lebih mahal daripada di pusat penjaja.
Walaupun harga makanan di kedai kopi sudah meningkat, ada kebimbangan ia mungkin menyebabkan para pelanggan menjauhkan diri daripada melanggani kedai kopi itu.
Selain itu, seorang pengamat juga berpendapat pusat penjaja berdekatan yang menyediakan pilihan yang lebih murah untuk makanan serupa boleh membantu.
Bagaimanapun, masih ada pelanggan yang mungkin akan terus tertarik kepada makanan yang ditawarkan di kedai kopi.

Sumber : CNA/IH/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.