Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga makanan di S'pura akan terus meningkat susuli larangan eksport makanan global

Anggaran Waktu Membaca:
Harga makanan di S'pura akan terus meningkat susuli larangan eksport makanan global

Gambar Hiasan (Gambar: Hjh Maimunah Restaurant & Catering/Facebook)

Diterbitkan : 25 May 2022 05:46PM Dikemas Kini : 25 May 2022 05:50PM
SINGAPURA: Larangan eksport gula dari India adalah langkah terbaru dalam siri langkah perlindungan yang diambil oleh sebilangan negara merata dunia.
Ini menyebabkan harga makanan terus meningkat, dan kesannya turut dirasakan di Singapura.

Dua minggu selepas Russia menyerang Ukraine, Kiev melarang eksport bijirin, yang menyebabkan harga makanan sejagat melonjak hingga mencecah paras rekod.

Ini mencetuskan tindakan serupa oleh beberapa negara lain, termasuk Argentina, Hungary, Serbia dan Bulgaria yang menghadkan eksport bijirin.
Kemudian pada lewat April, pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia, Indonesia, menghentikan eksport minyak kelapa sawit mentah.

Langkah itu menyebabkan tekanan hebat dalam pasaran minyak masak global.

Namun langkah itu tidak berkekalan - larangan tersebut ditarik balik hanya dua hari lalu.
Minggu lalu, India pula melarang eksport gandum, menyebabkan harga pasaran dunia melambung tinggi.
Dua hari lalu, Malaysia melarang eksport ayam.

Antara pasaran eksport utamanya - Thailand, Jepun, Hong Kong, dan sudah tentu sekali, Singapura.
Sumber : Agensi berita/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan