Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga lebih tinggi sebab kenaikan kos bahan mentah, logistik, jelas Daiso Singapura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rangkaian runcit Jepun, Daiso, menyatakan pada Jumaat (29 April) harga barangannya di Singapura naik disebabkan kos bahan mentah dan logistik yang lebih mahal.

Rangkaian itu terkenal dengan pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga S$2 sejak 2003.

Namun, mulai Ahad (1 Mei), ia akan memperkenalkan sistem harga 15 peringkat dari S$2.14 hingga S$25.47 bagi kedua-dua kedai fisikal dan online.

Sistem harga berkenaan diumumkan pada 25 April selepas Daiso menyatakan bahawa ia akan mula mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 7 peratus ke atas barangannya.

"Sejak sekian lama, Daiso Singapura sudah meletakkan harga termasuk GST. Bagaimanapun, dalam beberapa tahun ini, kami menyaksikan kos bahan mentah dan logistik terus meningkat. Oleh itu, kami akan menaikkan harga barangan kami untuk menampung kos operasi," kata jurucakap Daiso pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Ini jaminan kami - bahawa kenaikan harga itu adalah sekecil mungkin dengan mutu produk tidak terjejas," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa peruncit tersebut akan menawarkan lebih banyak barang.

RAMAI BERATUR DI KEDAI

Menjelang kenaikan harga tersebut, orang ramai beratur panjang di lima cawangan Daiso yang dikunjungi Mediacorp pada Jumaat.

Cik Nelty Susanto adalah antara pelanggan di cawangan Plaza Singapura. Beliau berbelanja sebanyak S$214 untuk membeli pelbagai barangan seperti alat tulis untuk anak-anaknya, pelitup pakai buang dan bakul.

Kunjungan itu yang kedua kali beliau membelanjakan lebih daripada S$100 di Daiso untuk mengambil kesempatan harga yang rendah.

"Tiba-tiba (barangan) menjadi lebih mahal, jadi pasti semua orang mahu membeli sekarang," kata Cik Nelty Susanto.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan