Harga kondo saiz kecil di kawasan bandar mungkin naik susulan peraturan baru hadkan unit, kata pengamat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga unit kondominium lebih kecil di kawasan pusat bandar Singapura boleh meningkat lebih tinggi berbanding unit yang lebih besar dalam beberapa tahun akan datang.
Ia berikutan peraturan baru untuk menghadkan pembinaan apartmen kecil seperti itu yang juga dikenali sebagai "shoebox apartmen", menurut pengamat.
Mulai 18 Januari 2023, syarikat pemaju projek bagi semua rumah privet tidak berhalaman di dalam kawasan pusat bandar perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 20 peratus unit kediaman dengan ruang minimum 70 meter persegi. Ia sama dengan saiz unit dua bilik tidur.
Kawasan perancangan tengah bandar termasuk Newton, Orchard, River Valley, Sungai Singapura, Outram, Museum, Rochor, Marina East, Marina South, Straits View dan Downtown Core.
Langkah yang diperkenalkan pada Selasa (18 Okt) oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) itu akan menjejas semua flat privet baru, kodominium dan komponen kediaman projek komersil dan pelbagai guna.
BEKALAN LEBIH RENDAH RUMAH LEBIH KECIL BOLEH NAIKKAN HARGA
Peraturan baru itu bermakna jumlah unit kecil yang dibina di kawasan bandar pada masa hadapan akan berkurangan, sekali gus meningkatkan harga unit berkenaan di pasaran jualan semula.
"Jika pelabur inginkan sebuah rumah yang lebih kecil, mereka harus mencari di pasaran jualan semula dan ini akan meningkatkan permintaan untuk unit yang kecil di kawasan bandar dan juga harga unit berkenaan," kata Encik Lee Sze Teck, Pengarah Kanan Penyelidikan di Huttons' Asia.
Ia akan lebih ketara apabila projek-projek baru siap dalam beberapa tahun akan datang kerana bekalan lebih rendah untuk pembeli, tambah beliau.
Pada masa yang sama, bekalan yang ditambah bagi apartmen seluas 70 meter persegi dan lebih besar mungkin dapat mengurangkan harga rumah lebih besar.
Meskipun begitu, para penganalisis memberi amaran bahawa "sentiasa ada nilai premium" untuk tinggal di kawasan utama.
GARIS PANDUAN BARU UNTUK PIKAT KELUARGA
Had baru di bawah peraturan itu bermakna lebih banyak lebih besar dibangunkan di kawasan bandar. URA berharap gabungan lebih baik saiz unit yang kecil dan besar akan menarik lebih banyak keluarga untuk berpindah ke kawasan bandar.
Cik Catherine He, Pengarah dan Ketua Penyelidikan Singapura di syarikat hartanah Colliers berkata selain unit kecil di kawasan bandar, harga yang tinggi juga menjadi penghalang bagi keluarga.
Ini kerana syarikat pemaju projek buat masa ini tidak menawarkan bekalan unit yang lebih besar untuk mempengaruhi harga.
Meskipun para pakar bersetuju bahawa garis panduan baru itu adakah langkah betul untuk memikat keluarga yang lebih besar ke kawasan bandar, mereka menyatakan lebih banyak kemudahan di kawasan itu akan menambah daya tarikan.
PEMBELI INGIN RUMAH LEBIH BESAR
Saiz median rumah di kawasan bandar semakin mengecil daripada 94 meter persegi lima tahun lalu kepada kira-kira 73 meter persegi sekarang.
Pengecualian kawasan bandar daripada garis panduan 2018 sebelum ini menyebabkan bertambahnya jumlah apartmen yang lebih kecil, menurut pengamat dengan pemaju meraih untung lebih tinggi dengan menawarkan lebih bnayak unit yang lebih kecil.
Namun, terdapat peningkatan permintaan bagi rumah lebih besar walaupun saiz purata isi rumah Singapura menyusut kepada 3.15 orang pada 2021 daripada 3.5 10 tahun lalu, kata Cik He.
Minat bagi rumah lebih besar disebabkan perubahan kepada gaya hidup di tengah-tengah trend seperti bekerja dari rumah yang semakin berleluasa.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.