Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga jualan semula HDB capai paras tertinggi selepas tumbuh 2.7% pada suku ketiga

Harga jualan semula bagi pasaran perumahan awam capai paras tertinggi selepas naik 2.7 peratus pada suku ketiga 2021, menurut unjuran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga jualan semula HDB capai paras tertinggi selepas tumbuh 2.7% pada suku ketiga

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 01 Oct 2021 11:19AM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 12:31PM

SINGAPURA: Harga jualan semula bagi pasaran perumahan awam capai paras tertinggi selepas naik 2.7 peratus pada suku ketiga 2021, menurut unjuran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (1 Okt).

Indeks harga jualan semula, yang memberi maklumat tentang turun naik harga secara amnya bagi pasaran jualan semula perumahan awam, naik dari 146.4 kepada 150.4, menurut unjuran HDB.

Ini selepas harga pada suku kedua 2021 meningkat 3 peratus berbanding suku sebelumnya.

"Harga terus meningkat sepanjang enam suku berturut-turut dan mencatat pertumbuhan 8.9 peratus berbanding tahun lalu," kongsi Penganalisis OrangeTee Christine Sun.

"Buat masa ini, harga sudahpun menjangkaui paras paling tinggi yang dicatat pada suku kedua 2013 (indeks harga 149.9) sebanyak 0.7 peratus."
Permintaan jauh melebihi bekalan terutamanya bagi flat yang terletak di lokasi yang baik atau mempunyai ciri-ciri yang baik.

"Lonjakan permintaan sekarang ini sebahagian besarnya dipacu oleh pasangan yang beralih dari pasaran BTO ke pasaran jualan semula dan pemilik yang mahu membeli flat lebih besar," kata Cik Sun.

Di tengah-tengah ketidaktentuan tentang tarikh siap flat BTO baru, lebih banyak pasangan kini memilih rumah yang sudah siap di pasaran jualan semula. Penangguhaan kerja-kerja binaan BTO sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, gangguan kepada rantaian bekalan dan penutupan syarikat-syarikat binaan, tambah Cik Sun.

Katanya: Sesetengah pemilik flat memilih untuk menaik taraf ke flat lebih besar yang rata-ratanya lebih dimampui berbanding rumah privet," disebabkan harga rumah privet yang semakin meningkat dan bekalan rumah privet di kawasan luar bandar yang semakin berkurangan.

"Mereka mungkin memerlukan lebih banyak ruang sedang keluarga mereka bertambah besar atau mahu bekerja dengan lebih selesa sedang bekerja di rumah atau aturan kerja hibrid mungkin menjadi kebiasaan."

Menurutnya lagi, jika kelengahan kerja-kerja binaan berlarutan, lebih ramai dijangka beralih ke pasaran jualan semula HDB.

"Permintaan semakin meningkat mungkin meningkatkan lagi harga dalam bulan-bulan mendatang. Harga jualan semula mungkin mencecah antara 11 dengan 12 peratus tahun ini, iaitu salah satu pertumbuhan paling cepat sejak 2010," kata Cik Sun.

Harga jualan semula naik 14.1 peratus pada suku keempat tahun itu berbanding tempoh yang sama pada 2009.

Perincian lanjut tentang data perumahan akan dikeluarkan bersama indeks harga jualan semula bagi suku penuh pada 22 Oktober, menurut HDB.

Dalam kenyataan itu, HDB juga mengumumkan akan menawarkan sekitar 4,400 flat BTO bulan depan di Choa Chu Kang, Hougang, Jurong West, Kallang Whampoa dan Tengah.

Pada Februari 2022, sekitar 2,000 hingga 3,000 flat BTO di Geylang, Tengah dan Yishun akan ditawarkan.

"HDB akan terus memantau permintaan perumahan dan membuat penyesuaian sewajarnya," jamin agensi itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan