Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga jualan en bloc People's Park Centre S$1.8 bilion

Harga yang diminta itu adalah lebih tinggi daripada S$1.35 bilion yang diusulkan dalam percubaan en bloc sebelum ini pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga jualan en bloc People's Park Centre S$1.8 bilion

People's Park Centre. (Gambar: Google Maps)

SINGAPURA: People's Park Centre di Chinatown diletakkan di bawah penjualan secara berkelompok pada harga rizab (iaitu harga yang ditetapkan sebagai paling rendah yang boleh diterima oleh penjual) pada S$1.8 bilion, menurut agensi hartanah ERA Realty Network pada Rabu (6 Jul).

Harga yang diminta itu adalah lebih tinggi daripada S$1.35 bilion yang diusulkan dalam percubaan en bloc sebelum ini pada 2019.

Selesai dibina pada tahun 1976, bangunan kegunaan gabungan komersil dan kediaman dengan pegangan pajak selama 99 tahun itu terletak di 101 Upper Cross Street, bersebelahan Stesen MRT Chinatown.

People's Park Centre juga berhampiran mercu-mercu tanda bersejarah seperti Pusat Warisan Chinatown, dan pusat beli-belah seperti OG Building, Chinatown Point, Riverside Point dan Far East Square.

Bangunan itu terdiri daripada 324 unit runcit, 256 unit pejabat, 120 unit kediaman dan tempat letak kereta.

Harga paling rendah yang boleh diterima oleh pihak penjual serupa dengan S$2,620 setiap kaki persegi bagi setiap nisbah plot, termasuk premium perbezaan nilai tanah dan premium bagi menokok pemegangan tanah kepada sewa 99 tahun yang baru.

Ia terletak di plot seluas 95,467 kaki persegi dan mempunyai kawasan lantai kasar seluas 821,017 kaki persegi.

Penjualan secara berkelompok itu memperolehi 84 peratus tandatangan para pemilik berdasarkan kawasan strata dan 80 peratus berdasarkan nilai saham.

Tender bagi People's Park Centre ditutup pada 18 Ogos, 3.00 petang.

Percubaan en bloc berlaku dua bulan selepas Golden Mile Complex dijual pada harga S$700 juta kepada konsortium yang terdiri daripada Perennial Holdings, Sino Land dan Far East Organization.

Dibina pada 1973, bangunan setinggi 16 tingkat itu diwartakan pada Oktober tahun lalu sebagai bangunan yang dipulihara atas nilai sejarah dan seni bina bangunan tersebut.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan