Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga ikan segar lonjak 20% tahun ini; dijangka terus naik hingga Tahun Baru Cina

Ikan batang sebelum ini berharga antara S$15 hingga S$20 setiap kilogram. Kini harga ikan itu meningkat kepada antara S$20 dengan S$25.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga ikan segar lonjak 20% tahun ini; dijangka terus naik hingga Tahun Baru Cina

Pelanggan membeli ikan daripada penjual ikan di pasar. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Penjual ikan Encik Lee Yit Huat selalunya habis menjual stok ikan hariannya jauh lebih awal daripada waktu tutup operasi.

Namun sejak kebelakangan ini, dengan harga yang kian meningkat bagi sebilangan pelanggan, beliau masih mempunyai sekitar 10 peratus stok harian pada 7.00 malam, apabila kedainya di Pasar Tekka ditutup.

Ikan batang sebelum ini berharga antara S$15 hingga S$20 setiap kilogram di kedai Encik Lee dua bulan lalu.

Kini, harga ikan tersebut meningkat sebanyak S$5 kepada antara S$20 dengan S$25.

Disebabkan itu, Encik Lee menyaksikan penurunan lima hingga 10 peratus pada jumlah pelanggan, serta jumlah lebih kecil yang dibeli.

Harga purata bagi ikan segar dari Malaysia dan Indonesia meningkat sebanyak 20 peratus setakat ini tahun ini. Para pemain industri menjangkakan harga terus meningkat bagi beberapa bulan mendatang, sedang musim monsun mengurangkan bekalan dan musim cuti akan datang meningkatkan permintaan.

"Nelayan kini mendapat tangkapan ikan yang berkurangan," kata Encik Eric Lee, pemilik Lee Chuang Seng Fishery."Terdapat jumlah ikan yang berkurangan di laut sejak kebelakangan ini; semakin berkurangan, anda boleh lihat ia agak jelas."

Jumlah ikan berkurangan dari budaya memancing secara komersil menjadikan keadaannya semakin teruk, dengan industri perikanan menyebut perubahan iklim sebagai penyumbang bekalan yang tidak menentu.

Kos juga kian meningkat bagi para nelayan Indonesia bulan ini apabila harga minyak, yang kian menjulang sejak perang Ukraine, naik lagi sebanyak sekitar 30 peratus sedang pemerintah mengurangkan subsidi tenaga.

Sebilangan pengguna pula memilih pilihan lebih murah, seperti ikan sejuk beku atau ternak. Inflasi juga semakin jelas sedang perbezaan harga menjadi lebih besar, kata Alfred Goh, pemilik Guang's Fresh Mart.

Di kedai Encik Goh sekarang, ikan salmon kini dijual antara S$30 hingga S$40 setiap kilogram, sekitar S$10 lebih mahal berbanding sebelum ini, manakala ikan kod berharga hampir S$50 setiap kilogram, berbanding hampir S$40 sebelum ini.

Para penjual ikan di Pasar Geylang Serai juga memberitahu Mediacorp mereka mengurangkan pesanan bagi jenis ikan lebih mahal seperti ikan merah, yang boleh berharga sekitar S$12 setiap kilogram.

Sebaliknya, mereka membuat lebih banyak pesanan bagi pilihan lebih murah seperti ikan tenggiri India, yang berharga sekitar S$7 setiap kilogram.

Sedang musim monsun kian menjelang, harga ikan dijangka terus meningkat, sehingga selepas musim cuti pada lewat Januari, kata para pemain industri.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan