Harga hartanah privet meningkat pada suku ketiga, namun lebih perlahan
Harga hartanah di Singapura meningkat pada rentak yang lebih perlahan pada suku ketiga setelah pemerintah mengumumkan langkah-langakah untuk meredakan pasaran hartanah.
SINGAPURA: Harga hartanah di Singapura meningkat pada rentak yang lebih perlahan pada suku ketiga setelah pemerintah mengumumkan langkah-langakah untuk meredakan pasaran hartanah. Demikian menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (26 Okt).
Harga rumah privet meningkat 0.5 peratus bagi tempoh Julai hingga September, berbanding peningkatan 3.4 peratus pada suku kedua, dan sebanyak 3.9 peratus dalam suku pertama.
Harga hartanah berhalaman meningkat sebanyak 2.3 peratus pada suku ketiga, turun dari 4.1 peratus pada suku sebelumnya. Harga hartanah tanpa halaman pula kekal tidak berubah, berbanding kenaikan 3.2 peratus pada suku sebelumnya.
Bagi kawasan tengah bandar (CCR), harga hartanah tanpa halaman meningkat 1.3 peratus, berbanding 0.9 peratus pada suku kedua. Manakala, harga hartanah privet di pinggir kawasan tersebut (RCR), merosot sebanyak 1.3 peratus, berbanding dengan peningkatan 5.6 peratus pada suku sebelumnya.
Harga hartanah di luar kawasan bandar (OCR), susut 0.1 peratus, berbanding kenaikan 3 peratus pada suku sebelumnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.