Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga gas asli di bawah kontrak jangka panjang naik sehingga 50%

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga Gas Asli (PNG) dan Gas Asli Cecair (LNG) yang disediakan di bawah kontrak-kontrak jangka panjang meningkat sejak tahun lalu.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Rabu (5 Okt).

Harga PNG naik 20 peratus pada bulan Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala harga LNG meningkat 50 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, kata Encik Gan dalam jawapan bertulis kepada soalan yang ditanyakan di parlimen.

Dalam soalan itu, Anggota Parlimen (AP) Louis Chua (WP-Sengkang) bertanya Encik Gan tentang jumlah bahagian PNG dan LNG yang digunakan Singapura untuk menjana tenaga elektrik dan tentang perubahan harga bagi tahun ini, setakat ini, bagi komoditi-komoditi tersebut.

"Di peringkat domestik, sekitar 95 peratus tenaga elektrik dijana menggunakan gas asli. Bagi 2021, sekitar dua pertiga gas asli kita diimport sebagai gas asli berpaip mengikut syarat kontrak, manakala baki sepertiga pula diimport sebagai gas asli cecair ikut kontrak," kata Encik Gan.

Antara Januari dengan Ogos tahun ini, harga PNG dan LNG yang disediakan menerusi kontrak bertempoh masing-masing naik sekitar 21 peratus dan 38 peratus, kata Encik Gan.

Semasa tempoh yang sama, harga LNG pada waktu itu melonjak sebanyak 113 peratus.

Bagi tempoh sama tahun ini berbanding tahun lalu, harga LNG pada waktu itu melonjak 224 peratus pada bulan Ogos berbanding bulan sama pada 2021.

"Sedang Singapura mengimport kebanyakan bekalan tenaga bagi penjanaan tenaga elektrik, kenaikan dalam harga tenaga global sejak tahun lalu akan disalurkan ke dalam harga kita," kata Encik Gan.

Bercakap kepada Mediacorp bulan lalu, para penganalisis berkata permintaan Singapura bagi kedua-dua PNG dan LNG rata-rata dipenuhi melalui kontrak jangka panjang.

Harga tenaga elektrik di Singapura haruslah sedikit sebanyak dilindungi daripada keadaan turun naik, sedang harga LNG pada waktu ini - atau kadar pasaran bagi penghantaran jangka terdekat komoditi itu - adalah lebih tinggi berbanding harga LNG yang dibekalkan di bawah kontrak jangka panjang.

Pasaran tenaga global terjejas oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan sedang musim sejuk semakin hampir serta bekalan gas Rusia disekat daripada negara-negara "bukan sekutu", usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan lebih banyak LNG di Eropah.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan