Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula naik sehingga 10.3% pada 2022, lebih perlahan berbanding 2021

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2023 10:12AM Dikemas Kini : 03 Jan 2023 08:52PM
SINGAPURA: Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan meningkat 10.3 peratus tahun lalu, lebih perlahan berbanding kenaikan 12.7 peratus pada 2021.

Unjuran kilat Indeks Harga Jualan Semula (RPI) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi suku keempat 2022 adalah 171.1, naik 2.1 peratus bagi suku ketiga 2022.

Ia sekali gus merupakan suku ke-11 berturut-turut yang menyaksikan kenaikan RPI.

RPI menyediakan maklumat mengenai pergerakan harga umum dalam pasaran jualan semula perumahan awam.

RPI bagi suku keempat adalah kenaikan lebih perlahan berbanding kenaikan 2.6 peratus dalam suku ketiga 2022, dan merupakan peningkatan paling perlahan dalam tahun sebelumnya.

Demikian menurut HDB dalam satu kenyataan media pada Selasa (3 Jan).

HDB menguatkuasakan langkah-langkah untuk mengawal pasaran pada 30 September lalu, temasuk tempoh menunggu selama 15 bulan bagi mereka yang ingin turun taraf dari hartanah privet dan had pinjaman yang lebih ketat.
Jumlah jualan semula pada suku keempat, sehingga 29 Disember, ialah 6,474, iaitu 15.8 peratus lebih rendah daripada tempoh yang sama tahun lalu, apabila 7,692 unit bertukar tangan.

Bagi tahun penuh sehingga 29 Disember, jumlah jualan semula adalah 27,773, iaitu 9.7 peratus lebih rendah berbanding 30,769 urus niaga dalam tempoh yang sama tahun lalu.

BEKALAN FLAT AKAN DATANG

HDB sudah melancarkan sebanyak 23,184 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) secara keseluruhannya bagi jualan pada 2022. Pada tahun ini, ia merancang untuk menawarkan sehingga 23,000 flat BTO.

Pada Februari nanti, HDB akan menawarkan sekitar 4,400 flat BTO di bandar dan estet seperti Jurong West, Kallang Whampoa, Queenstown, dan Tengah.

Pada Mei pula, HDB akan menawarkan antara 3,800 hingga 4,800 flat di Bedok, Kallang Whampoa, Queenstown, Serangoon dan Tengah.

HDB menyatakan bahawa jumlah tersebut "tertakluk pada semakan sedang butiran projek dikukuhkan lagi menjelang tarikh pelancaran".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan