Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula naik 2.3% pada suku pertama 2022

Harga flat jualan semula di Singapura naik 2.3 peratus pada suku pertama 2022, menurut anggaran awal yang diterbitkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula naik 2.3% pada suku pertama 2022

Flat HDB Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Harga flat jualan semula di Singapura naik 2.3 peratus pada suku pertama 2022, menurut anggaran awal yang diterbitkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (1 Apr).

Indeks harga jualan semula, yang memberikan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran flat jualan semula, naik daripada 155.7 kepada 159.3, menurut anggaran tersebut.

Prestasi itu dicatatkan selepas harga flat jualan semula pada suku keempat 2021 naik sebanyak 3.4 peratus.

Naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie Christine Sun berkata: "Kadar pertumbuhan harga ini adalah yang terendah sejak suku ketiga 2020 apabila harga naik sebanyak 1.5 peratus."

Beliau menambah "rintangan harga mungkin berlaku" kerana "harga sudah meningkat sepanjang lapan suku berturut-turut".

Sebanyak 82 flat dijual pada harga sekurang-kurangnya S$1 juta pada suku antara Januari hingga Mac, iaitu hampir sama dengan 85 flat yang bertukar tangan pada suku sebelumnya, kata Cik Sun.

"Lebih banyak flat mencecah harga S$1.3 juta dan kemungkinan akan mencapai S$1.4 juta. Enam flat dijual pada harga melebihi S$1.3 juta secara keseluruhan, dengan empat unit bertukar tangan pada suku tersebut dan lagi dua unit pada suku keempat 2021," kata Cik Sun.

Mengenai pelancaran flat baru akan datang pula, HDB menyatakan ia akan menawarkan sekitar 5,300 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) pada Mei di kawasan seperti Bukit Merah, Jurong West, Queenstown, Toa Payoh dan Yishun.

Pada Ogos, sekitar 6,300 hinggga 6,800 flat BTO di kawasan seperti Ang Mo Kio, Bukit Merah, Choa Chu Kang, Jurong East, Queenstown dan Woodlands akan ditawarkan.

"Jumlah ini akan disemak selepas butiran lanjut projek dimuktamadkan jelang tarikh pelancarannya... HDB akan terus memantau permintaan dan membuat penyesuaian sewajarnya," tambah agensi itu lagi.

Cik Sun berkata inflasi dan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat mungkin menjejas sentimen pembeli dan keputusan untuk membeli.

"Jika inflasi bertambah buruk, lebih ramai orang mungkin akan memilih untuk membeli flat lebih kecil atau flat di estet baru, yang lazimnya dijual pada harga lebih rendah.

"Kami menjangkakan harga flat jualan semula akan terus meningkat tetapi pada kadar lebih perlahan antara 5 dengan 8 peratus pada tahun ini," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan