Harga flat jualan semula naik 2.1%, pasaran rumah privet 'stabil' pada Q2 2024
SINGAPURA: Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 2.1 peratus pada suku kedua 2024, iaitu lebih tinggi daripada kenaikan 1.8 peratus pada suku sebelumnya.
Anggaran awal dikeluarkan HDB pada Isnin (1 Jul) menunjukkan bahawa jumlah jualan semula pada suku kedua sehingga 27 Jun adalah 7,208, iaitu 14.5 peratus lebih tinggi berbanding 6,297 urus niaga dalam tempoh yang sama tahun lalu.
HDB menyatakan kenaikan harga flat jualan semula boleh dikaitkan dengan permintaan tinggi dan "kekurangan bekalan dalam pasaran", kerana kurang flat yang memenuhi tempoh penginapan (MOP) minimum tahun ini berbanding 2023.
Penganalisis hartanah mengaitkan permintaan kukuh bagi flat jualan semula dengan pelbagai faktor, termasuk kurang pelancaran penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) setiap tahun dan geran perumahan yang lebih tinggi.
Cik Christine Sun, ketua penyelidik di OrangeTee Group, berkata jumlah geran perumahan lebih tinggi bagi pembeli rumah yang layak menjadikan flat jualan semula lebih mudah diakses dan boleh dimampui, terutama bagi pasangan muda.
PASARAN RUMAH PRIVET KEKAL "STABIL"
Harga rumah privet naik 1.1 peratus pada suku kedua, berbanding kenaikan 1.4 peratus dalam suku sebelumnnya.
Demikian menurut anggaran awal disediakan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin.
Jumlah urus niaga sehingga pertengahan Jun "secara amnya tidak berubah berbanding suku sebelumnya", tambah URA. Terdapat 4,215 urus niaga pada suku kedua, berbanding 4,230 pada suku pertama tahun ini.
Kenaikan harga yang lebih perlahan dalam sektor perumahan privet pada suku kedua boleh dikaitkan dengan pilihan perumahan yang terhad dan pembeli yang lebih berhati-hati, kata penganalisis hartanah.
Pengarah kanan analisis data Huttons, Lee Sze Teck, berkata jumlah unit kediaman privet yang dilancarkan pada suku kedua adalah 50 peratus lebih rendah berbanding suku sebelumnya.
Ini berikutan pelancaran projek-projek lebih kecil hartanah tanpa halaman pada suku kedua
Menurut Encik Lee, disebabkan pelancaran projek yang lebih kecil, jualan pemaju pada suku kedua dianggarkan kira-kira 35 peratus lebih rendah daripada pada suku pertama.
RAMALAN BAGI SEPARUH KEDUA 2024
Penganalisis hartanah menjangkakan pasaran jualan semula HDB kekal rancak pada separuh kedua 2024.
Kekurangan pelancaran projek BTO pada suku ketiga boleh menyebabkan lebih banyak urus niaga oleh pembeli dalam pasaran jualan semula HDB, kata Encik Lim.
HDB akan menawarkan kira-kira 8,500 flat dalam 14 projek BTO pada jualan Oktober. Projek BTO baharu akan ditawarkan sebagai flat Standard, Plus atau Prime berdasarkan ciri-ciri lokasi khususnya.
Ini termasuk pelancaran kondominium seperti SORA, The Chuan Park dan Union Square Residences.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.