Harga flat jualan semula naik 0.9% pada Q2 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mencatatkan pertumbuhan 0.9 peratus pada suku kedua tahun ini setelah merosot daripada 1.6 peratus pada suku sebelumnya.
Ini mencerminkan bahawa pasaran flat jualan semula semakin reda.
HDB menyatakan ini merupakan suku ketiga berturut-turut di mana pertumbuhan harga flat semakin sederhana.
Ia juga adalah kenaikan harga terendah dari suku ke suku sejak suku kedua 2020.
Sekitar 7,100 flat jualan semula terjual antara April hingga Jun, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding suku sebelumnya.
Ia mencerminkan minat pembeli yang stabil walaupun harga semakin naik.
Para pengamat hartanah menarik perhatian, lebih ramai pembeli masuk ke pasaran flat jualan semula pada suku kedua tahun ini.
Ini kerana tiada pelancaran projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Flat Baki (SBF) sewaktu tempoh tersebut.
Bagaimanapun, mereka menambah, bekalan flat jualan semula yang terhad membataskan pertumbuhan jumlah urus niaga.
Ini meskipun terdapat permintaan yang mantap, terutama bagi flat-flat lebih besar.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.